Bahasa

PAS kenal pasti calon bukan Islam lawan DAP PRU14

PAS kenal pasti calon bukan Islam yang berpotensi menentang calon DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.PAS kenal pasti calon bukan Islam yang berpotensi menentang calon DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.PAS sedang mengenal pasti beberapa calon bukan Islam yang berpotensi untuk menentang calon DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Amar berkata, buat masa ini mereka masih membuat pemerhatian mengenai perkara itu memandangkan masih mempunyai banyak masa sebelum PRU14.

Beliau berkata, parti Islam itu sedang meneliti maklumat untuk meletakkan calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kawasan berpotensi menang.

“Kita akan bertanding dan mungkin kerusi DAP pun yang kita yakin ada potensi, kita akan letak calon DHPP.

“Kita akan tengok maklum balas yang diterima sebelum diputuskan Jabatan Pilihan Raya nanti. Tengoklah macam mana sebab masa panjang lagi, dan kita tengah buat pemerhatian,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Pada masa sama, Amar yang juga timbalan pesuruhjaya 1 PAS Kelantan mengulas mengenai formula yang dicadangkan DAP dan menegaskan parti itu tidak berhak masuk campur dalam soal pembahagian kerusi apa lagi menentukan di mana PAS patut bertanding.

“Kita tidak terikat dengan DAP. PAS akan buat keputusan kita sendiri, kalau ada pun dengan PKR saja atau mungkin ada parti lain selepas ini.

“Kalau ikut tempoh normal pilihan raya, dalam tempoh 2 tahun lagi. Mungkin dalam tempoh 2 tahun ini akan ada persefahaman kita dengan parti lain dan mungkin masa itu ada perbincangan mengenai pembahagian kerusi,” katanya. – 22 Oktober, 2015.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments