PAS masih menunggu perkenan daripada Majlis Raja-raja sebelum membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jawatankuasa teknikal bersama negeri dan persekutuan berhubung pindaan terhadap akta itu masih belum menerima persetujuan daripada sultan di beberapa negeri.
"Secara umumnya segala pindaan yang dibuat yang melibatkan Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam ini kena dapat perkenan daripada Majlis Raja-raja.
"Jadi sekarang ini beberapa (Sultan) negeri belum memberi perkenan pada usaha ini menyebabkan ia tertangguh dulu," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR10 hari ini.
Terdahulu, Mohd Amar dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menerima kunjungan hormat Kaunselor Kedutaan Arab Saudi Abdul Rahman al-Harfi.
Mac tahun lepas, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini. – Bernama, 1 Mac 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments