Bahasa

Pegawai bank direman 7 hari bantu siasatan rasuah RM2 juta

Seorang pegawai bank berumur 49 tahun direman 7 hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah berjumlah RM2 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Jassica Ombou Kakayun selepas membenarkan permohonan dikemukakan pegawai SPRM.

Lelaki itu ditahan di pejabat SPRM di sini pada kira-kira 2.40 petang semalam bagi membantu siasatan kes rasuah daripada syarikat untuk meluluskan permohonan pinjaman beberapa syarikat perniagaan pada tahun 2013.

Semalam, seorang pegawai bank berumur 31 tahun dan seorang orang awam berumur 41 tahun turut direman 7 hari bagi membantu siasatan SPRM berkaitan kes berkenaan.

Kedua-duanya ditahan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu pada 8 Mac lalu. – Bernama, 10 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments