Bahasa

Peguam dipanggil bantu siasatan salah guna media sosial

Seorang peguam dari Kuala Terengganu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu untuk membantu siasatan berhubung satu komen palsu dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini, peranti milik peguam tersebut iaitu telefon bimbit jenis iPhone 6 yang disyaki digunakan untuk memuat naik kandungan yang disiasat itu disita.

"Rakaman percakapan beliau juga telah diambil," menurut kenyataan itu.

Menurut SKMM, suruhanjaya memandang serius penyalahgunaan media sosial dan perkhidmatan komunikasi serta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Penggunaan media sosial dan perkhidmatan komunikasi seharusnya digunakan secara bijak dan berhemah," katanya.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama, 11 Mac,  2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments