Seorang pekerja kontrak ditemui mati di depan rumahnya di Taman Teja, Tanjung Tualang dekat Batu Gajah selepas bergaduh dengan jirannya malam tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohd Nasri Omar berkata Choo Mun Keong, 43, dipercayai mati akibat terjatuh di atas jalan tar semasa pergaduhan itu.
"Suspek memarahi mangsa kerana mangsa menanam pokok betik dengan menggunakan baja najis di belakang rumah suspek hingga mendatangkan bau busuk.
"Berikutan itu, suspek memotong pokok betik mangsa yang mencetuskan pergaduhan di antara mereka kira-kira 8 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
Menurutnya polis menahan seorang lelaki berumur 50 tahun yang bekerja sebagai tukang kimpal untuk membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama, 27 Februari, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments