Bahasa

Pengendali bas ekspres gesa Putrajaya naikkan tambang

Kos operasi syarikat bas ekspres meningkat memandangkan kejatuhan nilai ringgit dan kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Bhd Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Disember, 2015.Kos operasi syarikat bas ekspres meningkat memandangkan kejatuhan nilai ringgit dan kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Bhd Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Disember, 2015.Syarikat bas ekspres terbesar di Malaysia Konsortium Transnasional Bhd (KTB) merayu kepada kerajaan agar menaikkan kadar tambang selepas lama tertangguh.

"Kos operasi kami meningkat memandangkan kejatuhan nilai ringgit dan kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kos operasi, termasuk penyelenggaraan dan alat ganti, semakin meningkat tetapi kami tidak menyalurkannya kepada pengguna," kata Pengarah Urusan Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, tanpa mendedahkan sejauh mana kenaikan kos kerana syarikat itu masih lagi menelitinya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) Nadicorp Holdings Sdn Bhd dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi penyelidikan aplikasi komersil getah asli terepoksida (Ekoprena) dan getah asli nyah protein (Pureprena) untuk tayar.

Nadzmi juga merupakan Pengerusi Eksekutif Nadicorp, konglomerat beberapa syarikat terlibat dalam pengangkutan bas awam, termasuk KTB.

Pada Mac tahun ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres dan teksi.

Bagaimanapun, kerajaan hanya meluluskan kenaikan tambang untuk teksi, dan menangguhkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres.

Pada majlis pemeteraian MoA itu, Pengerusi LGM, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, penyelidikan yang dijalankan di kemudahan LGM di Sungai Buloh dan Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di United Kingdom, membuktikan tayar getah asli sangat baik dengan prestasi cengkaman waktu basah.

Kerjasama antara LGM dan Nadicorp adalah untuk pengeluaran 500 tayar yang akan digunakan oleh bas ekspres di bawah KTB mulai 2016 hingga 2018. – Bernama, 30 Disember, 2015.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments