Bahasa

Pengilang rayu kerajaan stabilkan ringgit

Pengeluar dan sektor perniagaan menghadapi kesukaran merancang dengan ketidaktentuan penyusutan ringgit, kata Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Datuk Seri Saw Choo Boon. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Februari, 2016.Pengeluar dan sektor perniagaan menghadapi kesukaran merancang dengan ketidaktentuan penyusutan ringgit, kata Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Datuk Seri Saw Choo Boon. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Februari, 2016.Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) merayu campur tangan kerajaan bagi mengekalkan kestabilan kadar tukaran ringgit berbanding mata wang asing.

Presiden FMM Datuk Seri Saw Choo Boon berkata pengeluar dan sektor perniagaan menghadapi kesukaran merancang dengan ketidaktentuan penyusutan mata wang tersebut.

"Jadi kita harap kerajaan dapat bantu kekalkan. Ia sukar kerana banyak faktor memberi kesan, faktor luaran yang di luar kawalan kerajaan, tetapi ada faktor yang mampu dikawal kerajaan.

"Jika mereka boleh membantu menstabilkan situasi ringgit, ia akan membantu merancakkan suasana bagi pengilang," katanya pada sidang media pembentangan hasil kajian FMM-MIER Business Conditions Survey bagi separuh kedua 2015 yang dilakukan FMM bersama Malaysian Institute of Economic Research (MIER).

Kajian itu menyenaraikan ketidaktentuan ringgit sebagai salah satu daripada cabaran faktor luaran terhadap industri pembuatan bagi separuh kedua 2015.

Empat lagi faktor lain adalah persaingan harga, penurunan harga minyak dan minyak sawit mentah, saingan dari China, Korea Selatan, Thailand, Vietnam dan negara Asia Tenggara lain, serta kelembapan ekonomi global terutamanya China.

Laporan sama turut mendapati penyusutan nilai ringgit sebagai cabaran dalaman terbesar yang dihadapi 275 responden kajian tersebut.

Selain itu, 63% daripada responden melaporkan mereka mengekalkan tenaga kerja bagi separuh tahun kedua 2015.

Responden turut mengunjurkan yang kos dan tahap pengeluaran akan kekal bagi separuh pertama 2015.

Namun, mereka turut berhadapan kekurangan insentif dan penekanan bagi memacu pengeluaran ke arah nilai tambah tinggi serta kekurangan usaha bagi menggalakkan pelabur sedia ada melabur semula bagi mempelbagaikan dan mengembangkan perniagaan. – 24 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments