Bahasa

Perkasa sedia sokong Rafizi kalau maklumat betul

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bimbang menasihati Ahli Parlimen Pandan Rafizil Ramli tidak terlalu teruja mendedahkan sebarang maklumat kerana beliau sepatutnya membuat laporan polis terlebih dahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Februari, 2016.Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bimbang menasihati Ahli Parlimen Pandan Rafizil Ramli tidak terlalu teruja mendedahkan sebarang maklumat kerana beliau sepatutnya membuat laporan polis terlebih dahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Februari, 2016.Perkasa sedia menyokong Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sekiranya segala pendedahan beliau berhubung skandal berkaitan Lembaga Tabung Haji benar dan sahih, kata Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Perkasa itu berkata, kebimbangan organisasi bukan kerajaan (NGO) Melayu itu ialah, segala pendedahan dilakukan ahli Parlimen pembangkang itu hanya menimbulkan kekeliruan kepada rakyat.

"Kalau Rafizi ada maklumat betul, saya boleh bekerjasama. Ttidak kisah dengan mana-mana pihak, datang jumpa tunjuk dokumen dan Perkasa akan kaji sama ada maklumat itu betul atau tidak.

"Kalau maklumat itu betul, Perkasa boleh bekerjasama, tetapi kalau maklumat itu betul-betul benar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, Kuala Lumpur hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihati ahli Parlimen itu yang dilihat terlalu “teruja” mendedahkan maklumat sedangkan beliau sepatutnya membuat laporan polis terlebih dahulu.

"Terbaru, beliau dedahkan Tabung Haji beri jaminan korporat kepada sebuah syarikat bersekutunya.

"Ini dakwaan amat serius terhadap badan yang bertanggungjawab membawa umat Islam menunaikan haji. Institusi ini amat sensitif. Apa sahaja tindakan boleh timbulkan keresahan dan hilang keyakinan terhadap Tabung Haji," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak mempersoalkan tindakan Rafizi itu, namun mahu setiausaha agung PKR itu lebih bertanggungjawab dalam mendedahkan sesuatu isu.

"Saya tidak mempersoalkan beliau patut bertindak atau tidak tetapi orang yang lebih cerdik seperti beliau, kena bertanggungjawab. Beliau perlu pastikan maklumat diterimanya 100% tepat.

"Cara terbaik bagi maklumat seperti ini ialah dengan membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukannya menghebahkan kepada media terlebih dahulu.

"Saya pun cemas. Kalau betul 100%, saya akan sokong apa sahaja yang beliau dedahkan. Pastikan ia betul. Ia amat serius kerana mungkin boleh menghancurkan institusi itu," katanya.

Rafizi sebelum ini menegaskan terdapat jaminan korporat yang diberikan Tabung Haji kepada Tabung Haji Heavy Engineering (THHE).

Beliau turut melampirkan salinan sepucuk surat didakwa daripada kerajaan kepada pegawai kanan Tabung Haji pada 8 Disember 2015 berkaitan perkara itu. – 29 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments