Bahasa

Pertikaian Ola Bola tidak perlu diperbesar, kata Khairy

Pertikaian antara bekas pemain bola sepak kebangsaan dengan syarikat produksi filem Ola Bola tidak perlu diperbesarkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Februari 2016. Pertikaian antara bekas pemain bola sepak kebangsaan dengan syarikat produksi filem Ola Bola tidak perlu diperbesarkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Februari 2016. Pertikaian antara bekas pemain bola sepak kebangsaan dengan syarikat produksi filem Ola Bola tidak perlu diperbesarkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin.

Beliau berkata ini kerana syarikat produksi itu hanya mengambil inspirasi daripada peristiwa 1980 apabila pasukan bola kebangsaan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Pada awal filem itu pun mereka (syarikat produksi) mengatakan filem berkenaan berdasarkan kepada inspirasi daripada sejarah dan bukan 100% menggunakan perincian sejarah.

"Kalau tidak, sudah pasti mereka guna nama sebenar," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta kejohanan Le Tour de Langkawi 2016 (LTDL) di Dataran Merdeka, Tapah hari ini yang turut dihadiri Timbalannya Datuk M Saravanan dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan pemain negara yang pernah membawa pasukan bola sepak ke Sukan Olimpik di Moscow yang mengugut akan menyaman penerbit filem Ola Bola kerana didakwa menukar fakta sebenar.

Dalam pada itu, Khairy berkata filem arahan Chiu Keng Guan itu merupakan antara filem terbaik untuk ditontoni masyarakat kerana sambutan daripada peminat bola dan rakyat biasa amat menggalakkan.

Filem terbitan Astro Shaw itu mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat filem dan bola sepak dan berjaya mengutip lebih RM12 juta setelah 18 hari tayangan. – Bernama, 28 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments