Bahasa

Petronas hormati keputusan Putrajaya tamatkan khidmat Dr Mahathir

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata pelantikan penasihat adalah hak putrajaya. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata pelantikan penasihat adalah hak putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menghormati sebarang keputusan Putrajaya mengenai kedudukan penasihat syarikat minyak nasional itu.

"Pelantikan penasihat Petronas adalah hak Putrajaya. Petronas menghormati sebarang keputusan dibuat kerajaan mengenai perkara itu," kata Petronas dalam satu kenyataan.

Kabinet hari ini sebulat suara bersetuju menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, disebabkan Dr Mahatir tidak lagi menyokong kerajaan, Kabinet berpendapat beliau tidak sepatutnya memegang jawatan yang berkaitan dengan kerajaan.

"Kabinet hari ini membincangkan beberapa tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama beberapa pemimpin parti pembangkang minggu lepas.

Dr Mahathir dilantik penasihat Petronas selepas beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 2003. Beliau kekal sebagai pengerusi Proton Holdings Bhd, jawatan yang dilantik pada Jun 2014. – Bernama, 11 Mac,  2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments