P Balasubramiam mereka enggan membantu keluarganya selepas kematian suaminya.
PKR menafikan dakwaan balu kepada bekas penyiasat persendirianAhli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah juga menafikan PKR menawarkan satu temu bual bersama media Australia dan akan dibayar untuk itu.
"Saya tidak bercakap dengan A Santamil Selvi melalui telefon berbulan lamanya namun saya ada berkomunikasi melalui pesanan ringkas.
"Saya tidak pernah menghubungi untuk membuat permintaan berhubung temubual video dengan sesiapa sebagai balasan mendapat bantuan kewangan. Begitu juga dengan Manivanan.
"Saya percaya Americk Sindhu ada memberitahu dia dalam minggu ini ada krew media, Australia yang akan temu ramah dan dia setuju," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, isu bantuan terhadap Selvi bukan perkara baharu kerana selepas kematian suaminya pada Mac 2013, wakil rakyat PKR itu mengakui membayar bil hospital Balasubramaniam di Pusat Perubatan Subang Jaya dan perbelanjaan pengebumian.
Manakala katanya, dari tahun 2013 sehingga Mac tahun ini bantuan kewangan disediakan untuknya dan anaknya berdasar kepada keperluan harian.
"Selvi sedar akan jumlah yang diberikan bila dan bagaimana diberikan," katanya.
Beliau berkata, tidak pernah mengetahui Selvi ada pergi ke Ibu Pejabat PKR untuk membincangkan isu bantuan kewangan.
"Sebaliknya tidak ada alasan untuk beliau pergi ke sana dan cuba bercakap dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Manivanan berjumpa dengan Selvi atas permintaan November tahun lepas untuk membincangkan tentang keperluan pengajian anaknya," katanya. – 13 Mac, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments