Bahasa

Polis panggil anak Muhyiddin ekoran status Instagram

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan panggil anak lelaki bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan muat naik gambar logo polis diubah suai dan ditambah uncang wang, dalam akaun Instagram miliknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Februari, 2016.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan panggil anak lelaki bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan muat naik gambar logo polis diubah suai dan ditambah uncang wang, dalam akaun Instagram miliknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Februari, 2016.Anak lelaki bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipanggil polis untuk memberi penjelasan berhubung gambar logo polis yang diubah suai dan ditambah uncang wang, yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Facebook miliknya berkata: "@PDRMsia akan panggil Farhan Yassin untuk dia jelaskan apa yang dimaksudkan dengan tanda (wang) di Crest PDRM yang beliau siarkan di Instagramnya," katanya.

Bagaimanapun status Instagram Farhan Yassin berhubung perkara itu didapati dipadamkan. – Bernama, 21 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments