Bahasa

Polis sahkan balang ditemui di KLCC bukan bom

Pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas lokasi penemuan 2 balang mencurigakan di Aquaria KLCC lewat petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan 2 balang tersebut bukan bom. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Mac, 2016.Pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas lokasi penemuan 2 balang mencurigakan di Aquaria KLCC lewat petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan 2 balang tersebut bukan bom. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Mac, 2016.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan 2 balang mencurigakan yang ditemui di Aquaria KLCC lewat petang tadi bukan bom, lapor Berita Harian Online.

Tajuddin berkata siasatan awal polis mendapati balang itu adalah bahan uji kaji yang dibawa pelajar sekolah ketika lawatan ke situ.

Dalam pada itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi catatan Twitternya berkata, dua balang berkenaan bukannya bahan letupan tetapi bahan uji kaji lampu yang ditinggalkan pelajar, selepas melawat Petrosains KLCC.

Menurutnya, uji kaji lampu dalam botol berkenaan dinamakan sebagai STARLAB, diberikan Petrosains sebagai cenderahati, dalam satu lawatan murid-murid dari sebuah sekolah di Bukit Beruntung.

Bekas itu ditemui kakitangan Aquaria kira-kira jam 6 petang dan dibawa keluar oleh pengawal keselamatan sebelum dimaklumkan kepada polis.

Difahamkan, balang berkenaan sudah dimusnahkan Unit Pemusnah Bom kira-kira 9 malam tadi.

Berita mengenai sebuah bungkusan mencurigakan di luar Aquaria KLCC tersebar sejak kira-kira 6.30 petang tadi.

Susulan itu orang ramai diarahkan untuk mengosongkan kawasan sekitar atas faktor keselamatan.

Sementara itu, Astro Awani melaporkan konsert artis antarabangsa Richard Marx tetap berlangsung seperti dijadualkan walaupun terdapat ancaman bom di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Jalan Pinang pada hari ini.

Jurucakap Universal Music dipetik sebagai berkata Astro Awani turut mengesahkan konsert berkenaan bermula kira-kira 8.40 malam, walaupun terdapat ancaman berkenaan.

Konsert 'Richard Marx - The Solo Tour :Live In Concert', dianjurkan oleh Midas Promotions dengan kerjasama bersama Fat Boys.

Kali terakhir Marx membuat persembahan di Malaysia adalah di Konsert Setia Super, di Johor Bahru pada tahun 2013. – 9 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments