Bahasa

Polis tahan suspek kes tikam guru wanita di Setapak Jaya

Polis menahan suspek utama kes tikam seorang guru wanita Sekolah Rendah Al-Amin dalam kejadian di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata suspek lelaki berusia 22 tahun yang juga anak kepada mangsa Khariah Hashim, 49, ditahan di sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur pada 1 pagi tadi.

"Suspek ditahan anggota Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya sebelum dibawa ke Balai Polis Pandan Indah,"katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, suspek akan direman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Dalam kejadian pada 8.45 malam itu, Khariah dilaporkan mengalami kecederaan parah di perut, dahi dan kedua-dua tangan dipercayai ditikam dengan sebilah pisau oleh anaknya yang dikatakan mengalami masalah mental.

Ketika kejadian, Khariah sedang menunaikan solat Isyak dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur. – Bernama, 11 Februari, 2016.        

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments