Bahasa

Polis tiba di pejabat Dr Mahathir pagi ini

Sepasukan polis tiba di pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur hari ini bagi merakamkan kenyataan bekas perdana menteri itu berhubung kecaman beliau terhadap Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.Sepasukan polis tiba di pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur hari ini bagi merakamkan kenyataan bekas perdana menteri itu berhubung kecaman beliau terhadap Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.Sepasukan polis dari Bukit Aman tiba di pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur hari ini bagi merakamkan kenyataan bekas perdana menteri itu berkaitan dengan siasatan pihak berkuasa ke atasnya berhubung kecaman beliau terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Tiga anggota polis tiba dengan kereta peronda pada jam 10.40 pagi dan memandu masuk melalui pondok pengawal keselamatan, mengelak pihak media yang menunggu di luar bangunan Yayasan Al Bukhary itu sejak beberapa jam sebelum itu.

Kakitangan media bagaimanapun dihalang memasuki premis itu.

Polis dipercayai cuba menemubual pemimpin negara paling lama berkhidmat itu susulan kritikan beliau terhadap Najib yang dibuat ketika perhimpunan Bersih 4 pada hujung Ogos lalu.

Difahamkan, pasukan polis yang diketuai Supt Azham Othman mengajukan 45 soalan kepada Dr Mahathir berikutan kenyataannya yang didakwa dibuat terhadap kepimpinan negara, dan isu lain yang berkaitan, termasuk perhimpunan Bersih 4.

Pasukan peguam Dr Mahathir, yang diketuai Haniff Khatri Abdulla, berkata polis menghabiskan masa kira-kira 45 minit menyoal siasat Dr Mahathir sejak jam 11 pagi.

"Tiga daripada peguam kami ada bersama beliau. Beliau juga dinasihatkan untuk tidak menjawab beberapa soalan. Dr Mahathir memudahkan keadaan dan ia berjalan dengan lancar," kata Haniff.

Beliau berkata, apa saja yang perlu atau mahu dinyatakan di pihak Dr Mahathir sudah pun dinyatakan pada sesi soal siasat itu dan ia sepatutnya memadai bagi polis.

"Saya tidak tahu sama ada akan ada sesi lain tetapi apa yang perlu dikatakan dan mahu dikatakan sudah diperkatakan. Jadi, saya percaya tidak ada sebab untuk merakam kenyataan Dr Mahathir lagi," katanya.

Ditanya tentang peruntukan di bawah seksyen mana Dr Mahathir disiasat, Haniff enggan mengulas.

"Saya tidak boleh mendedahkannya secara khusus dan soalan yang diajukan dalam bentuk umum, bukan mengenai kejadian tertentu," katanya.

Pihak berkuasa membuka beberapa kertas siasatan selepas beberapa laporan dibuat terhadap Dr Mahathir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bulan lepas.

Siasatan yang dibuat adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, berkaitan kesalahan memfitnah.

Dr Mahathir, 90, sekian lama mengkritik Najib dan secara terbuka meminta perdana menteri meletak jawatan kerana mendakwa beliau gagal memerintah negara dengan baik dan mengaitkannya dengan skandal kewangan yang melibatkan syarikat yang diilhamkannya 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 6 November, 2015.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments