Bahasa

Pulangkan pegawai saya, ambil saya, kata orang nombor 2 SPRM

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, berkata beliau menawarkan dirinya sebagai balasan kerana 2 pegawai SPRM yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri iaitu Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob hanya bertindak mengikut arahannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2015.Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, berkata beliau menawarkan dirinya sebagai balasan kerana 2 pegawai SPRM yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri iaitu Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob hanya bertindak mengikut arahannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2015.Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini meminta Putrajaya mengembalikan semua dua pegawai tingginya yang menerima arahan pemindahan ke Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta hari ini.

Sebagai balasan, beliau menawarkan dirinya, mengatakan kedua mereka itu - Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob - hanya bertindak mengikut arahannya.

"Pulangkan pegawai saya serta merta. Ambil saya sebagai ganti. Mereka bekerja dan bertindak mengikut arahan saya," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Shukri dilaporkan berada di luar negara atas urusan rasmi.

Beliau mengulas laporan mengenai pemindahan serta merta kedua-dua Bahri dan Rohaizad hari ini.

Kedua-duanya dijangka melapor diri ke JPM pada Isnin.

Bahri sebelum ini sangat vokal dalam komen beliau menentang tindakan pihak polis yang menyiasat SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit kerajaan dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan kedua-dua mereka dipindahkan kerana mengeluarkan kenyataan keras susulan serbuan polis ke atas pegawai SPRM.

Alasan lain yang mungkin mengakibatkan arahan pemindahan itu ialah cara SPRM bertindak balas terhadap "serangan berterusan" ke atas badan anti-rasuah itu dan layanan baik mereka kepada pembangkang apabila mereka melawat ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya semalam. 

Difahamkan yang pegawai cawangan khas turut hadir semalam untuk menjalankan 'profiling' terhadap pegawai utama SPRM termasuk Rohaizad, pegawai yang bertemu pemimpin pembangkang.

Tidak diketahui peranan apa yang akan dimainkan kedua-duanya di JPM kelak kerana semua orang seolah-olah terkejut dan keliru dengan arahan pemindahan itu. – 7 Ogos, 2015.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments