Bahasa

Putrajaya pinda undang-undang demi kepentingan rakyat pelbagai agama, kata menteri

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pindaan undang-undang akan dilakukan pada sidang Dewan Rakyat depan bagi memastikan kepentingan rakyat berbilang agama terpelihara dalam isu hak penjagaan antara agama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2016.Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pindaan undang-undang akan dilakukan pada sidang Dewan Rakyat depan bagi memastikan kepentingan rakyat berbilang agama terpelihara dalam isu hak penjagaan antara agama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2016.Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata satu pindaan undang-undang akan dilakukan pada sidang Dewan Rakyat akan datang bagi memastikan kepentingan rakyat berbilang agama terpelihara dalam isu hak penjagaan antara agama.

Beliau berkata demikian selaku salah seorang daripada 3 yang diamanahkan meneliti kes pertukaran agama anak M Indira Gandhi dan bekas suaminya yang kini memeluk Islam, Muhammad Ridhuan Abdullah.

"Saya tak akan huraikan lanjut kecuali kita semua kena tunggu apabila Parlimen bersidang.

"Banyak penyelesaian bakal dilakukan apabila Parlimen bersidang kerana akan ada sedikit pindaan terhadap sebahagian undang-undang.

"Kami janji kerajaan akan memelihara kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan dan agama anda," kata Nazri pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Nazri berkata, beliau percaya semua rakyat Malaysia akan gembira dengan penyelesaian menerusi pindaan undang-undang itu.

Nazri sebelum ini dinamakan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai anggota panel yang meneliti kes Indira Gandhi dan bekas suaminya.

Sebelum ini, hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Lee Swee Seng membatalkan sijil pertukaran agama 3 orang anak Indira yang dilakukan suaminya atas sebab ketidakhadiran mereka bagi mengucap kalimah syahadah.

Pada 30 Disember 3015, Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman majoriti memutuskan kesahihan pertukaran agama anak-anak Indira dan bekas suaminya hanya dapat ditentukan Mahkamah Syariah.

Mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Balia berkata mahkamah sivil tiada kuasa mendengar kes pertukaran agama itu.

Namun, satu-satunya hakim yang berbeza pendapat, Datuk Hamid Sultan Abu Backer berkata pertukaran agama itu adalah soal pentadbiran semata-mata dan mahkamah sivil berkuasa meneliti kes itu.

Hamid juga berpandangan wujud salah guna proses pertukaran agama kanak-kanak tersebut.

Dua orang anak iaitu Tevi Darsiny dan Karan Dinish dalam jagaan Indira sementara anak bongsu iaitu Prasana Diksa dalam jagaan bekas suami iaitu Muhammad Riduan Abdullah walaupun Mahkamah Tinggi pada 2011 menganugerahkan hak penjagaan kepada Indira. – 18 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments