Bahasa

Rakyat Malaysia raikan mesej perpaduan Ola Bola

Ola Bola bukan sekadar filem bola sepak, tetapi menyentuh isu perpaduan kaum dalam lambakan berita kekecewaan politik dan ekonomi rakyat Malaysia. – Gambar trailer Ola Bola, 6 Februari, 2016.Ola Bola bukan sekadar filem bola sepak, tetapi menyentuh isu perpaduan kaum dalam lambakan berita kekecewaan politik dan ekonomi rakyat Malaysia. – Gambar trailer Ola Bola, 6 Februari, 2016.Dalam tempoh 4 hari pertama tayangannya, filem bola sepak tempatan, Ola Bola meraih lebih RM2 juta, mencecah tahap jualan box office, 1 pencapaian mengagumkan untuk filem keluaran tempatan.

Twitter dihujani dengan penghargaan rakyat Malaysia, yang memuji filem itu.

Seorang pengguna, @Lucaspeebo menulis pada 30 Januari, "kita bertutur dalam bahasa yang berbeza, tetapi kita menyanyi lagu yang sama."

Kahuna Nui menerusi akaun twitternya @Duurianne menulis “menteri & ahli politik BN harus menonton #OlaBola. Pada tahun 1980, tidak ada perkara seperti Melayu, Cina & India. Kita semua dikenali sebagai rakyat Malaysia."

Jangan Kolot di akaun twitternya @jangankolot menulis, "Ini bukan filem bola sepak tetapi filem Malaysia. #OlaBola"

Pengarah filem seperti Norhayati Kaprawi yang juga seorang pengarah filem dokumentari feminis, dan Amir Muhammad, pengarah filem Malaysia dan penerbit buku juga menulis tentang filem itu.

Amir menulis di laman Facebook beliau,"Ola Bola adalah filem tempatan yang terbaik yang saya lihat sepanjang tahun!"

Berdasarkan semua pujian di media sosial, nampaknya Ola Bola begitu dekat dengan jiwa rakyat Malaysia, yang sedang berdepan dengan keadaan ekonomi yang sukar serta landskap politik yang semakin rumit.

Filem ini berdasarkan kisah benar mengenai pasukan bola sepak negara yang dapat mengatasi kemustahilan dan mengalahkan pasukan bola sepak Korea Selatan dalam perlawanan kelayakan pra-Olimpik pada 1980.

Keputusan itu bermakna wira Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow, tetapi mereka tidak dapat menyertainya kerana tindakan kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 sebagai membantah pencerobohan Soviet Union di Afghanistan.

Bagi peminat bola sepak seperti Azman Shah, yang mengetuai kelab penyokong rasmi Arsenal Malaysia sejak 2013, Ola Bola adalah "sebuah filem Malaysia yang saya kagumï".

"Bola sepak boleh menyatukan rakyat dan pernah satu ketika dahulu, Malaysia disatukan dengan sukan ini. Kita semua pernah asyik “melekat”pada televisyen dan radio selama 90 minit setiap minggu!

"Sekarang? Bola sepak menjadi lebih komersial, pemain lebih cenderung kepada ganjaran yang bakal diperolehi. Ia berubah kepada soal wang dan perniagaan. Sebelum ini, pemain bola sepak kebangsaan benar-benar mahu mengharumkan nama negara, "katanya.

Bagi Pang Hong, kiropraktor, yang melihat Ola Bola dengan sekumpulan rakannya, filem itu memberi harapan kepadanya yang rakyat Malaysia boleh melakukan sesuatu yang hebat.

Sebelum menonton Ola Bola, beliau sudah membaca beberapa ulasan yang semuanya memberikan ulasan pujian menggunung.

"Saya bukan peminat bola sepak, jadi saya tidak tahu apa yang boleh diharapkan. Tetapi ia ternyata HEBAT! Ia menyentuh perasaan saya dalam pelbagai cara.

"Ia bukanlah filem yang sempurna ... agak cetek dalam beberapa adegan tetapi kelemahan ini adalah sangat kecil. Pertama, saya suka perasaan nostalgia keseluruhan filem ini, terutamanya kerana saya membesar dalam era itu. Kawan-kawan saya dan saya seperti 'OMG! Saya ingat ini, saya ingat, sepanjang menontonnya.

"Satu lagi perkara mengenai filem ini, dan mungkin yang paling utama saya sangat sukakannya - gambaran keharmonian kaum yang sempurna.

"Saya fikir ia adalah hampir sempurna - sinematografi menakjubkan, skrip yang kukuh, pembangunan watak yang hebat, hubungan baik di kalangan pelakon, serta rasa dan jiwa yang mereka serapkan sepenuhnya dalam filem ini menggambarkan era kegemilangan."

Bagi Susan Tam, seorang guru,  filem itu muncul dalam masa yang tepat untuk mengingatkan semangat perpaduan yang semakin terhakis dalam kalangan rakyat Malaysia kesan daripada banyak laporan berita negatif yang timbul di negara ini.

"Saya rasa filem ini wajib ditonton semua pelajar sekolah dalam dan luar negara," kata Tam.

"Hampir tiada ruang untuk rakyat menikmati keseronokan menjadi rakyat Malaysia, dan saya merasakan Ola Bola menggambarkan semangat yang kita ketahui semakin menyusut, atau lebih teruk lagi, hilang di negara ini," katanya.

Veshaal Menon Venugopal dari IACT College berkata kekecewaannya dengan prestasi semasa pemain bola sepak Malaysia mencetuskan keinginan untuk menonton filem.

"Bagi golongan muda seperti kami, kami tidak begitu bernasib baik untuk menyaksikan kejayaan negara di pentas antarabangsa, kecuali Piala AFF Suzuki.

"Maka apabila pertama kali trailer Ola Bola muncul, saya teruja menontonnya dan merasakan ia akan menjadi pilihan terbaik bagi saya merasakan zaman kegemilangan 80-an."

Ola Bola sedang ditayangkan di semua pawagam utama seluruh negara.  – 6 Februari, 2016.      

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments