Bahasa

Rakyat perlu diberi kebebasan, bukan sekatan agama, kata penulis Turki

Penulis Turki Mustafa Akyol bercakap pada forum ‘Adakah Politik Islam Ancaman Demokrasi’ di Universiti Sunway di Petaling Jaya, Selangor, semalam. Beliau berkata, penghinaan kepada agama Islam tidak sepatutnya selesaikan dengan undang-undang tetapi perlu dibalas secara intelektual.– Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Januari, 2016.Penulis Turki Mustafa Akyol bercakap pada forum ‘Adakah Politik Islam Ancaman Demokrasi’ di Universiti Sunway di Petaling Jaya, Selangor, semalam. Beliau berkata, penghinaan kepada agama Islam tidak sepatutnya selesaikan dengan undang-undang tetapi perlu dibalas secara intelektual.– Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Januari, 2016.Mengharamkan buku dan perkataan "Allah" tidak akan membuat iman seseorang kuat tetapi hanya menyebabkan masyarakat kurang berpengetahuan tentang dunia, kata seorang penulis Turki.

Bercakap pada forum bertajuk: "Adakah Politik Islam Ancaman kepada Demokrasi" di Universiti Sunway di Petaling Jaya, Mustafa Akyol berkata, tidak dapat berdepan cabaran intelektual dengan jawapan intelektual adalah tanda umat Islam tidak berkembang.

Akyol mengaitkannya dengan kejadian di mana beliau memberikan pandangannya kepada seorang ulama Islam Turki agar mubaligh Kristian bebas mengedarkan Bible di negara itu dan mengatakan apa yang mereka mahu katakan.

"Dan beliau berkata kepada saya, 'tetapi mubaligh Kristian ini begitu bermaklumat, kita tidak tahu apa-apa untuk melawan mereka.

"Dan saya berkata kepadanya, 'maka kita selama-lamanya akan kekal kurang arif'," kata Akyol yang juga kolumnis International New York Times.

Beliau menambah negara tertentu berpandangan, mengharamkan buku dan kalimah tertentu adalah cara terbaik untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Ya, mereka tidak akan keliru selama-lamanya kerana tidak akan tahu banyak tentang idea yang ‘mengganggu’ ini, tetapi kemudian tidak akan ada keperluan bagi mereka mempelajari sesuatu yang baharu atau memajukan diri," katanya.

Orang Islam kelirukan orang lain?

Akyol juga berkata, beliau sering tertanya-tanya mengapa sentiasa "orang lain mengelirukan orang Islam" tetapi tidak pernah terjadi "Orang Islam mengelirukan orang lain".

"Saya tertanya-tanya mengapa kita umat Islam tidak mengelirukan orang lain, tetapi sentiasa orang lain mengelirukan kita.

"Dan saya tertanya-tanya bagaimana kita rasa jika konsep tertentu daripada tradisi kita diharamkan di negara-negara majoriti Kristian, sebagai contoh, apa kata jika terdapat larangan ke atas umat Islam daripada mengucapkan perkataan Jesus atas dasar ia boleh mengelirukan orang Kristian?

"Kita pasti tidak akan gembira dengan keadaan itu," kata penulis itu.

Akyol berkata, penghinaan kepada agama Islam tidak sepatutnya "bertoleransi secara undang-undang tetapi perlu membalas secara intelektual".

Pada sesi soal jawab, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, untuk mengadakan wacana intelektual mengenai Islam, terdapat anggapan akan ada intelektual yang dapat menangkis semua hujah ini.

Beliau bagaimanapun berkata, di negara-negara Islam, tahap pendidikan yang rendah menyebabkan kapasiti bertindak balas dengan cara sepatutnya dan intelektual tidak berlaku.

"Sebagai contoh, rakyat mahu hudud kerana mereka tidak dapat berfikir secara intelektual kesan undang-undang seperti itu, semata-mata kerana mereka tidak berpendidikan," kata Marina.

Pemerintah mahu umat Islam terus bodoh

Akyol bersetuju dengan pemerhatian Marina itu dan berkata, ini adalah sebab mengapa negara perlu meletakkan usaha mereka mendidik rakyat dengan bersikap lebih terbuka dan bukan mengharamkan laman sesawang serta buku.

"Apa yang kita mahu dari negara ini bukan agama, tetapi kebebasan.

"Biarlah negara memberikan kita kebebasan, kita akan mengikuti agama kita sendiri.

"Dan jika kita tidak, itu antara kita dan Allah" katanya.

Apabila ditanya Marina sama ada sebahagian daripada projek politik autoritarian Islam adalah untuk memastikan rakyat terus “bodoh”, Akyol berkata itu merupakan realiti yang dipilih untuk mengekalkan status quo.

"Sebagai contoh, jika anda seorang ahli keluarga diraja di Arab Saudi, dunia adalah sempurna, bagus, indah.

"Mengapa anda perlu mengubah keadaan itu?

"Justeru, kita perlu mengkritik elit yang mengambil peranan penghalang pemikiran bebas," katanya. – 26 Januari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments