Bahasa

Saya bersyukur kes dibatalkan, kata Azmi Sharom

Prof Madya Dr Azmi Sharom melahirkan rasa syukur tetapi enggan mengulas panjang berhubung pengguguran kesnya kerana masih belum mendapat pengesahan rasmi daripada Pejabat Peguam Negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Februari, 2016.Prof Madya Dr Azmi Sharom melahirkan rasa syukur tetapi enggan mengulas panjang berhubung pengguguran kesnya kerana masih belum mendapat pengesahan rasmi daripada Pejabat Peguam Negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Februari, 2016.Prof Madya Dr Azmi Sharom bersyukur dengan keputusan peguam negara membatalkan pendakwaan mengikut Akta Hasutan 1948 ke atasnya, menyifatkan ia tindakan yang munasabah.

Bagaimanapun, pensyarah undang-undang di Universiti Malaya itu, yang mengakui baru sahaja mengetahui berita tersebut, enggan mengulas lebih panjang akan pengguguran kesnya.

"Saya bersyukur kepada keluarga saya, rakan-rakan, dan peguam saya dan (keputusan tarik balik dakwaan) dibuat peguam negara adalah tindakan yang 'common sense' (munasabah).

"Tetapi, saya tidak dapat memberi komen apa-apa lagi kerana bagi saya keputusan itu belum rasmi lagi, tidak ada hitam putih," katanya ketika dihubungi The Malaysia Insider.

Terdahulu hari ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengeluarkan kenyataan ringkas mengumumkan keputusannya memberhentikan pendakwaan ke atas Azmi untuk pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Azmi berkata, beliau harus ke mahkamah bagi mengesahkan pertuduhan ke atasnya itu digugurkan.

"Apa pun, kena ke mahkamah, baru boleh pendakwaan itu dibatalkan. Sedangkan, sebarang surat peguam negara pun saya tidak terima lagi.

"Jadi rasanya agak tidak wajar untuk saya membuat sebarang komen," katanya.

Hari ini dalam kenyataannya, Apandi bagaimanapun tidak memberi sebab membatalkan pendakwaan ke atas pensyarah yang pernah memfailkan saman mencabar undang-undang yang disifatkan bertentangan dengan kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan itu.

Menurut Apandi, keputusan menarik kembali pendakwaan itu dilakukan atas budi bicara dan ini bukan pertama kali jabatan itu bertindak demikian kerana melakukan perkara sama dalam kes ahli Parlimen Seputeh daripada DAP, Teresa Kok.

Azmi pada 2014 didakwa di bawah Akta Hasutan ekoran kenyataannya berhubung krisis Perak dalam sebuah laporan berita.

Beliau yang juga presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, juga didakwa terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan tempat yang sama.

Dakwaan ke atas Azmi itu turut mendapat tentangan para akademik negara yang mendakwa pensyarah undang-undang itu hanya menyatakan pandangannya secara profesional sebagai ahli akademik undang-undang. – 12 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments