Bahasa

Saya masih lagi bersama Najib, kata Ku Li

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terdapat plot menggulingkan kerajaan bersama pembangkang mengejutkannya akan tetapi mengatakan tidak mustahil ianya wujud.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Ogos, 2015.Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terdapat plot menggulingkan kerajaan bersama pembangkang mengejutkannya akan tetapi mengatakan tidak mustahil ianya wujud. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Ogos, 2015.Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan beliau masih lagi menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak berapa lama selepas pendedahan terdapat pemimpin parti Melayu itu yang mahu menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata, pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terdapat plot menggulingkan kerajaan bersama pembangkang mengejutkannya akan tetapi mengatakan tidak mustahil ianya wujud.

Apabila ditanya apakah dia masih menyokong Najib, Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li berkata: "Ya. Saya tidak bersama pembangkang.

"Akan tetapi saya berharap kita semua melakukan perkara betul. Menyatakan kebenaran. Jelaskan kepada rakyat baik-baik," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, Ku Li pada mulanya enggan mengesahkan sama ada beliau akan menyokong Najib akan tetapi hanya selepas tiga kali disoal pemberitahu barulah beliau mengakuinya.

Kali pertama beliau berkata akan menyokong "sesiapa sahaja yang melakukan perkara betul untuk negara".

Apabila disoal lagi beliau berkata: "Saya masih lagi dalam Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional, apa maksudnya?"

Ku Li juga memberitahu pemberita sesebuah kerajaan hanya boleh dijatuhkan dengan undi tak percaya kerana cara lain tidak selari dengan Perlembagaan.

Katanya menjatuhkan kerajaan secara paksa memerlukan tentera.

"Jika anda mahu gulingkan kerajaan, anda memerlukan tentera. Ahli Parlimen atau rakyat biasa tidak boleh melakukannya jika angka tidak mencukupi.

"Jika mereka mahu melakukannya, mestilah selari dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga tidak menolak kemungkinan ahli Umno akan menyokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri jika mereka merasakan ianya perkara yang sepatutnya dilakukan.

"Ahli Umno manusia biasa juga. Jika mereka rasa apa yang berlaku sekarang bercanggah dengan apa yang mereka perjuangkan, mereka mungkin melakukannya". – 15 Ogos, 2015.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments