Bahasa

Segerakan usul penukaran agama kanak-kanak di Dewan Rakyat, kata DAP

Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran berkata usul berhubung kes penukaran agama kanak-kanak di bawah umur perlu dibentangkan di Parlimen segera bagi mengelakkan lebih banyak kes seumpamanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac 2016.	Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran berkata usul berhubung kes penukaran agama kanak-kanak di bawah umur perlu dibentangkan di Parlimen segera bagi mengelakkan lebih banyak kes seumpamanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac 2016. Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran hari ini membuat permohonan agar disegerakan usul berhubung kes penukaran agama kanak-kanak di bawah umur ketika sidang Dewan Rakyat kali ini.

Wakil rakyat DAP itu berkata, ia selari dengan arahan Kabinet pada 2009, anak-anak kepada ibu bapa yang membuat penukaran agama perlu kekal menganuti agama ibu bapa mereka ketika kedua-dua mereka berkahwin.

Usul itu diletakkan di kedudukan ke-16 dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Kula Segaran berkata kepada pemberita, usul berkenaan perlu dibentangkan di Parlimen segera bagi mengelakkan lebih banyak kes penukaran agama kanak-kanak di bawah umur secara unilateral.

Jelasnya, menteri bertanggungjawab hal ehwal undang-undang Nancy Shukri berkata, agensi berkaitan seperti pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan masih meneruskan perbincangan mengenai perkara itu.

Katanya, kerajaan pusat merancang meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 bagi memastikan isu hak penjagaan anak, alimoni dan pembahagian aset sepencarian diselesaikan di mahkamah di mana perkahwinan itu didaftarkan. 

"Parlimen akan bersidang sehingga 7 April. 

"Tetapi tarikh cadangan pindaan rang undang-undang itu masih belum diserahkan kepada ahli Parlimen," kata Kula Segaran. 

Dalam aturan urusan mesyuarat hari ini, tidak dinyatakan usul tersebut, sebaliknya hanya rang undang-undang untuk bacaan kali ke-2 disenaraikan yang mana termasuk Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-undang Profession Undang-undang (Pindaan) 2015. – 8 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments