Pemuda Umno Pulau Pinang hari ini meminta kerajaan melihat semula pendirian dan tindakan pemegang jawatan penting di syarikat milik kerajaan (GLC) sama ada mereka masih mendukung hasrat dan aspirasi kerajaan sedia ada atau sebaliknya.
Ketuanya Rafizal Abd Rahim dalam kenyataan hari ini berkata kontrak mereka seharusnya tidak disambung atau ditamatkan serta merta jika pendirian dan tindakan mereka tidak selari dengan hasrat kerajaan persekutuan.
Sambil menyokong keputusan Kabinet tidak menyambung kontrak Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas, beliau berkata ia adalah satu keputusan yang tepat pada masanya.
"Tindakan ini dibuat selari dengan perbuatan Tun Dr Mahathir kebelakangan ini yang tidak lagi menyokong kepimpinan negara khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Semalam, kerajaan menamatkan perkhidmatan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas ekoran tindakannya melancarkan "Deklarasi Rakyat" bersama pemimpin pembangkang minggu lepas untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri. – Bernama, 12 Mac, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments