Bahasa

SPRM dapati tiada rasuah dilakukan Najib dalam siasatan SRC, kata menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini, SPRM turut mengesahkan RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini, SPRM turut mengesahkan RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan ia tidak dapat mengesan sebarang perbuatan rasuah dilakukan Datuk Seri Najib Razak dalam siasatan SRC International, menurut Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata dalam jawapan bertulis Parlimen hari ini, SPRM juga mengesahkan RM2.6 bilion yang diterima Najib adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi.

"Mengenai kes RM2.6 bilion itu, keterangan daripada saksi dan dokumen sokongan, SPRM mengesahkan sumbangan kepada perdana menteri itu dibuat secara peribadi oleh keluarga diraja Arab.

"Mengenai kes SRC International, SPRM berkata hasil siasatan mereka tidak menunjukkan perdana menteri melakukan sebarang amalan rasuah," tulis Azalina. – 10 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments