Harga tambang pengangkutan awam darat terutama bas dan teksi tidak dipengaruhi minyak mentah dunia walaupun harga komoditi tersebut menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata harga minyak mentah seperti petrol dan diesel hanya menyumbang sebanyak 10% terhadap kos operasi syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.
"Ada elemen lain yang mempengaruhi kos operasi syarikat pengendali ketika ini seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap alat ganti kenderaan.
"Syarikat juga berdepan kenaikan premium insurans dan kadar tukaran wang yang tidak menentu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Perasmian Pejabat Urusan Ekspres Perdana dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembelian Bas antara Syarikat Tiara Pesona Sdn Bhd dengan Syarikat SCANIA Sdn Bhd, MAN Truck & Bus Malaysia dan RTG Intech Sdn Bhd di Bachok, hari ini.
Tiara Pesona diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Laili Ismail manakala SCANIA diwakili Pengurus Besar Idris Puteh, MAN diwakili Pengarah Urusannya Hartmut Mueller manakala RTG Intech diwakili Pengarah Urusannya Roslan Ramin.
Menerusi MoU itu, SCANIA akan membekalkan 50 bas manakala MAN, 4 bas kepada Tiara Pesona menjelang hujung tahun ini.
Syed Hamid berkata walaupun berdepan rungutan pengguna berhubung soal tambang pengangkutan darat, namun masa sama pengguna mengakui mereka mendapat perkhidmatan yang lebih baik pada masa kini.
"Saya selalu jumpa pengguna dan pengguna kita rasional. Dia (pengguna) merungut tapi dia tahu, dia mendapat perkhidmatan yang baik, dia dapat tiba dari satu destinasi ke destinasi lain dengan berasa selamat, lebih selesa, lebih mesra perkhidmatannya," katanya. – Bernama, 10 Mac, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments