Bahasa

Terima realiti belia tidak minat bekerja di sektor 3D, kata Khairy

Realitinya ialah golongan belia tidak berminat bekerja dalam sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Februari, 2016.Realitinya ialah golongan belia tidak berminat bekerja dalam sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Februari, 2016.Rakyat harus menerima realiti masyarakat tempatan, khususnya golongan belia tidak berminat untuk bekerja dalam sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ini kerana dalam beberapa bidang pekerjaan seperti pembinaan, perladangan dan perkilangan, gaji yang ditawarkan agak rendah dan bebanan kerja yang berat.

"Saya percaya industri sedemikian juga tidak mampu menawarkan gaji tinggi, justeru kita tiada pilihan selain terpaksa mengambil pekerja asing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan aplikasi 'fitness in my pocket' di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad lepas yang mencabar belia tempatan mengambil alih tempat pekerja asing untuk bekerja di sektor 3D.

Khairy berkata kenyataan Zahid itu menjelaskan mengenai realiti mengenai bidang yang tidak diminati rakyat tempatan dan memerlukan pengambilan pekerja asing untuk bekerja di bidang itu.

Baru-baru ini, kerajaan dilaporkan merancang untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh yang akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun.

Sementara itu, mengenai aplikasi baharu yang dilancarkan itu, ia dibangunkan eSolved MSC Sdn Bhd yang membolehkan pengguna telefon pintar untuk melatih dan membuat senaman sendiri dengan mudah. – Bernama, 16 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments