Bahasa

Tersentuh menonton Ola Bola, Nazir Razak kecam rasuah, perkauman

Datuk Seri Nazir Razak di laman Instagramnya berkata, filem Ola Bola membawa kembali kenangan zaman dahulu di mana Malaysia berada dalam keadaan yang lebih menyenangkan. – Gambar Instagram , 16 Februari, 2016.Datuk Seri Nazir Razak di laman Instagramnya berkata, filem Ola Bola membawa kembali kenangan zaman dahulu di mana Malaysia berada dalam keadaan yang lebih menyenangkan. – Gambar Instagram , 16 Februari, 2016.Gejala rasuah dan isu perkauman adalah faktor yang melemahkan usaha pembinaan bangsa Malaysia, kata Datuk Seri Nazir Razak, selepas menonton filem yang mendapat sambutan hangat, Ola Bola.

Berkata dalam laman Instagram miliknya, adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menyifatkan filem tersebut membawa kembali kenangan zaman dahulu di mana Malaysia berada dalam keadaan yang lebih menyenangkan.

"Ia mengimbau kembali kenangan berada di Stadium Merdeka pada malam yang gemilang itu. Lebih penting lagi, ia adalah peringatan kepada Malaysia yang lebih baik ketika itu.

"Rasuah kemudiannya merosakkan bola sepak kita. Rasuah dan isu perkauman menjejaskan usaha bina bangsa kita," kata Nazir, pengerusi Kumpulan CIMB yang sedih dengan situasi berkenaan.

Ola Bola ditayangkan pada 28 Januari, menceritakan kisah benar bagaimana pasukan bola sepak negara dapat mengatasi dan mengalahkan Korea Selatan dalam perlawanan kelayakan pra-Olimpik pada tahun 1980.

Diarahkan Chiu Keng Guan, filem ini meraih RM8 juta selepas 13 hari, dengan ramai yang memuji mesej berbilang kaum yang dibawanya. – 16 Februari, 2016.   

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments