Bahasa

Tiada istilah ‘negara Islam’, ‘polis agama’ dalam Quran, kata penulis Turki

Penulis dan wartawan Islam, Mustafa Akyol berkata istilah seperti negara Islam atau polis agama, atau hukuman mati untuk pesalah murtad, adalah hasil daripada pemahaman al-Quran secara literal dan mengabaikan konteks tertentu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Januari, 2016. Penulis dan wartawan Islam, Mustafa Akyol berkata istilah seperti negara Islam atau polis agama, atau hukuman mati untuk pesalah murtad, adalah hasil daripada pemahaman al-Quran secara literal dan mengabaikan konteks tertentu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Januari, 2016. Istilah seperti "negara Islam" atau "polis agama", atau hukuman mati untuk pesalah murtad, adalah hasil daripada pemahaman al-Quran secara literal dan mengabaikan konteks tertentu, kata seorang penulis Turki. 

Penulis dan wartawan Islam, Mustafa Akyol berkata, beliau tidak pernah membaca daripada satu istilah seperti negara Islam atau polis agama dalam al-Quran, sambil menambah banyak keadaan yang berlaku di dunia Islam hari ini, seperti kebangkitan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) di Timur Tengah tidak ditemui dalam kitab suci itu. 

"Terdapat perkataan khalifah dalam al-Quran tetapi ia bukan sebuah institusi politik. 

"Ia merujuk kepada kita semua sebagai khalifah, kerana kita merupakan wakil yang membawa suruhan Allah.

"Saya juga tidak pernah mendengar tentang polis agama dalam al-Quran," katanya pada forum bertajuk "Bolehkah Islam menjadi Liberal?" di Kuala Lumpur, semalam.

Akyol, dalam bukunya bertajuk "Islam without Extremes: A Muslim case for Liberty" yang dilancarkan pada forum itu juga menceritakan kejadian 10 tahun lepas, ketika menaiki teksi di Boston dan disambut seorang pemandu dengan nama Islam dan beliau menyapanya dengan "Assalamualaikum".

Katanya, pemandu itu seolah-olah tidak gembira dengan ucapan itu, dan apabila Akyol menyiasatnya, didapati pemandu itu sudah tidak lagi beragama Islam.

Akyol akhirnya mendapat tahu pemandu teksi itu adalah warga Iran dan bapanya dipenjarakan dan kemudian dibunuh di Iran.

"Saya sedar berdasarkan apa yang beliau katakan tentang siapa yang bertanggungjawab atas kematian bapanya, beliau marah kepada sistem politik iaitu Republik Islam Iran.

"Jadi, apabila anda mempunyai sebuah negara di atas nama Islam, yang bertindak atas nama Islam, dan kerajaan melakukan perkara yang salah dan menindas rakyat, kemarahan terhadap rejim bertukar menjadi kemarahan terhadap agama. 

"Dan sekarang, terdapat satu contoh yang lebih buruk dengan Isis yang melakukan perkara-perkara yang paling ngeri dan kejam dan menggelarkan diri mereka negara Islam," katanya.

Ulama Saudi dan wanita

Akyol berkata 1 lagi masalah bagi umat Islam hari ini adalah berfahaman "literalis" terhadap undang-undang syariah, dan menggunakan contoh pengharaman wanita memandu kereta di Arab Saudi. 

Katanya, beliau cuba membincangkan perkara itu dengan ulama Arab Saudi untuk mengetahui sebab larangan itu dan diberitahu wanita perlu dilindungi, kerana "Nabi Muhammad berkata begitu". 

"Jadi saya bertanya, apa sebenarnya yang Nabi Muhammad kata tentang memandu kereta?

"Dan mereka memetik hadis yang secara harfiah berbunyi: 'Jangan hantar wanita seorang diri ke padang pasir’." 

Beliau kemudiannya mengadakan perbincangan dengan seorang profesor Turki mengenai pengertian sebenar hadis itu dan mendapati Nabi Muhammad mungkin bersabda kerana terdapat penyamun di padang pasir di antara Mekah dan Madinah.

Dalam konteks itu, ia akan mendatangkan bahaya kepada wanita jika berseorang diri di padang pasir.

"Oleh itu, profesor itu berkata, jika kita mahu mengambil pengajaran daripada hadis itu, kita memerlukan bandar yang selamat, itu adalah satu nilai universal sepatutnya.

"Jadi ini adalah 1 masalah dengan literalisme dan hari ini salah 1 masalah yang kita hadapi adalah melaksanakan sistem syariah melalui pemahaman dari segi sangat literalis, kadang-kadang bertentangan dengan tujuan asal," katanya.

Murtad bukan pengkhianatan

Mustafa Akyol berucap dalam forum “Bolehkah Islam Menjadi Liberal?” di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Januari, 2016. Mustafa Akyol berucap dalam forum “Bolehkah Islam Menjadi Liberal?” di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Januari, 2016. Satu lagi contoh yang digunakan Akyol adalah undang-undang syariah terhadap hukuman pesalah murtad, di mana seseorang boleh dihukum bunuh kerana melakukan kesalahan itu.

Beliau berkata, bagaimanapun, pandangan lebih mendalam ke dalam isu ini akan menunjukkan semua ulama yang hidup pada ke-8 dan ke-9 - tempoh peperangan antara orang Islam dan kuasa lain - dipercayai murtad bermaksud "sekumpulan umat Islam meninggalkan angkatan tentera Islam dan menyertai musuh". 

"Ini adalah pengkhianatan besar, seperti yang kita gelarkan hari ini, tiada regim akan bertolak ansur jika tenteranya menyertai musuh. 

"Jadi, apabila kita cuba untuk memahami niat larangan murtad, untuk memahami situasi pasa masa kini, menukar agama adalah suatu perkara melibatkan hati nurani, ia tidak bermakna pengkhianatan yang tinggi kepada tentera. 

"Kita harus lebih berhemah dalam menangani isu itu, sudah tentu kita tidak mahu melihat umat Islam meninggalkan agama, kita boleh bercakap dengan mereka, kita boleh cuba untuk memujuk mereka. 

"Tetapi kita tidak harus membunuh mereka, ini kerana penganut Kristian tidak membunuh penganutnya yang memeluk Islam," katanya. 

Akyol berkata syariah adalah berdasarkan 5 nilai: perlindungan kehidupan, perlindungan agama, perlindungan intelek, perlindungan keturunan dan perlindungan harta. 

Disebabkan itu, undang-undang Islam harus melindungi hak rakyat.

"Kemudian syariah menjadi perlindungan umum kepada hak sejagat daripada pengganas dan kerajaan yang melanggar hak kita," katanya. – 24 Januari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments