Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 berharap pelan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) untuk negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan mengulangi cara di Sarawak.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, mereka mahu SPR untuk berterus terang dengan maklumat mengenai pelan persempadanan semula.
"Kita tidak mahu lagi kes seperti Sarawak Rakyat tidak diberi maklumat yang cukup tentang pelan persempadanan semula.
"Kita berharap SPR tidak akan menyembunyikan maklumat. SPR harus menjadi telus dan bertanggungjawab," katanya kepada The Malaysian Insider.
Pengerusi SPR Datuk Seri Hashim Abdullah dilaporkan berkata mereka dapat menyelesaikan persempadanan semula kawasan pilihan raya di seluruh negara dengan PRU14 pada 2018 jika tiada cabaran undang-undang.
Beliau berkata persempadanan semula untuk Sabah akan dilakukan selepas pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang, selepas itu ia akan dijalankan di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata semua negeri akan dinilai, dan tidak ada jaminan setiap negeri akan melalui persempadanan semula ataupun tidak.
Persempadanan semula SPR di Sarawak dikritik pembangkang, kumpulan masyarakat sivil dan Bersih 2.0 yang berkata langkah itu adalah untuk melindungi undi Barisan Nasional (BN).
Cabaran undang-undang untuk kawasan pilihan raya yang dicadangkan SPR di Sarawak akhirnya ditolak mahkamah, yang membuat keputusan memihak kepada suruhanjaya itu.
Cadangan SPR untuk menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak 71-82 kemudiannya diluluskan Parlimen dengan majoriti mudah.
"Kita tidak mahu satu lagi kes di Sarawak, dan SPR tidak boleh mengatakan mereka tidak mahu terima bantahan terhadap persempadanan semula mereka, kerana sesiapa saja boleh membantahnya.
"Sesiapa di kawasan pilihan raya mempunyai hak untuk memfailkan bantahan terhadap persempadanan semula, "katanya.
Penganalisis pilihan raya dan ahli Bersih 2.0 Dr Wong Chin Huat berkata, jika SPR tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang apabila menjalankan persempadanan semula, ia mungkin akan menghadapi lebih cabaran undang-undang.
Beliau berkata persempadanan semula memburukkan demokrasi di negara ini kerana keputusan pilihan raya boleh ditentukan terlebih dulu kerana pelan ini.
"Orang ramai tidak menyokongnya sebelum ini tetapi apabila SPR mempunyai kebebasan untuk melakukan apa yang mereka ia tidak menjadi. Rakyat perlu menghentikan suruhanjaya itu daripada melakukan lebih keliruan."
Kami menekankan sekarang walau apa pun keputusan mahkamah, kita perlu SPR untuk memberikan maklumat lengkap mengenai persempadanan semula.
"SPR tidak perlu layan kita. Ia hanya perlu bertindak mengikut peraturan," katanya.
Wong, yang juga ahli di Institut Pulau Pinang, berkata SPR sudah menyediakan persempadanan semula daerah mengundi, pelopor kepada proses persempadanan semula.
"Apabila menyusun semula pengundi ke dalam daerah mengundi, rakyat akan ditunjukkan kepada daftar pemilih yang mengandungi nama-nama pengundi tetapi bukannya kawasan pilihan raya di mana mereka akan mengundi," katanya.
Semasa proses persempadanan semula, di mana daerah mengundi akan dimasukkan semula ke dalam kawasan DUN dan kemudian ke dalam kawasan Parlimen, dan sempadan negeri dan parlimen kerusi baru "akan dilukis semula" - orang akan diberikan peta tetapi bukan daftar pemilih, katanya.
"Mereka tidak memberikan kedua-dua maklumat pada masa yang sama. Tanpa daftar pemilih dan peta rakyat tidak dapat meneliti pelan itu.
"Itulah yang terjadi di Sarawak, dan kini di Sabah, di mana mereka melihat pengundian daerah. Dengan trend ini, kami bimbang taktik yang sama akan digunakan apabila SPR melakukan persempadanan semula di Semenanjung, "katanya
Beliau berkata, kumpulan reformasi pilihan raya menyediakan latihan dan bahan-bahan untuk aktivis tempatan untuk membantu mereka memahami persempadanan semula dan bagaimana untuk memproses data.
"Orang ramai hanya perlu tahu bagaimana untuk menggunakan Excel dan Google Map. Kami juga mengalu-alukan peguam yang ingin membantu apabila terdapat kes untuk dibawa ke mahkamah," katanya. – 27 Februari, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments