Seorang wakil rakyat DAP hari ini menggesa Putrajaya membatalkan dasar menukar biasiswa kerajaan kepada pinjaman bersyarat kerana ia menjejaskan masa depan pelajar.
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke berkata dasar itu akan menyaksikan graduan bergelut membayar balik pinjaman jika mereka tidak mendapat kerja dengan kerajaan selepas tamat pengajian.
"Bolehkah kerajaan menyerap semuanya sebaik saja mereka menamatkan pengajian? Jika mereka bekerjasama dengan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), mereka perlu membayar 50% daripada pinjaman dan jika mereka hendak bekerja di sektor swasta, mereka kena bayar balik pinjaman itu sepenuhnya.
"Jadi saya ingin meminta kerajaan mengubah dasar mereka kembali kepada yang lama," kata Loke di lobi Parlimen pagi ini.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini mengumumkan perkara itu sebagai langkah Putrajaya menyelaraskan kos berikutan hasil yang lebih rendah disebabkan kejatuhan harga minyak. – 10 Mac, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments