Bahasa

TPPA beri manfaat ekonomi bersih kepada Malaysia, kata Miti

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi dan Pemantauan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk J Jayasiri berkata Malaysia perlu berada dalam Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik untuk mendapat layanan keutamaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 Januari, 2016.Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi dan Pemantauan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk J Jayasiri berkata Malaysia perlu berada dalam Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik untuk mendapat layanan keutamaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 Januari, 2016.Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan memberi manfaat ekonomi bersih kepada Malaysia, tetapi akan terdapat kos pelarasan kepada syarikat daripada persaingan yang meningkat dan tanggungjawab merentasi sektor.

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi dan Pemantauan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk J Jayasiri berkata Malaysia perlu berada dalam perjanjian perdagangan itu untuk mendapat layanan keutamaan.

"Ini terutamanya untuk empat buah negara, iaitu Amerika Syarikat, Mexico, Peru dan Kanada, apabila Malaysia masih belum mempunyai akses keutamaan.

"Jika kita tidak menyertai TPPA dan pesaing kita menyertainya, mereka akan mendapat layanan keutamaan dan ini menyebabkan pengeksport kita berada dalam keadaan yang tidak menguntungkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum mengenai TPPA anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam ucapannya pada forum itu, Jayasiri berkata mendapat akses pasaran untuk barangan dan perkhidmatan, menjadi sebab utama Malaysia ingin menyertai TPPA.

"Amerika Syarikat akan memansuhkan tarif sehingga 90 peratus dengan segera, Kanada (95%), Mexico dan Peru (80%), manakala bagi Jepun, ia bermakna membuka pasaran kayunya kepada Malaysia," katanya.

Beliau berkata pada masa sama, Malaysia dapat mengekalkan duti eksport yang sedia ada di bawah TPPA.

Beliau berkata selain Malaysia, Vietnam merupakan sebuah lagi negara yang mendapat keistimewaan ini, bagaimanapun tidak pasti sama ada negara itu diminta untuk mengurangkan beberapa duti eksportnya. – Bernama, 11 Januari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments