Bahasa

Tuduhan menghasut terhadap ketua PKR Johor digugurkan

Mahkamah Sesyen hari ini menggugurkan pertuduhan mengikut Akta Hasutan terhadap Pengerusi PKR Johor Hassan Karim susulan representasi yang kepada Jabatan Peguam Negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2016.Mahkamah Sesyen hari ini menggugurkan pertuduhan mengikut Akta Hasutan terhadap Pengerusi PKR Johor Hassan Karim susulan representasi yang kepada Jabatan Peguam Negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2016.Tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 terhadap Pengerusi PKR Johor Hassan Karim digugurkan pihak pendakwaan hari ini susulan representasi yang dibuat kepada Jabatan Peguam Negara – kali ketiga tuduhan menghasut digugurkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Mohamad Haldar Abdul Aziz dimaklumkan hari ini semasa sebutan kes, pihak pendakwaan tidak akan meneruskan perkara itu.

Ketua Unit Pendakwaan Johor Saiful Edris Zainuddin memberitahu The Malaysian Insider pertuduhan itu ditarik balik selepas peguam Hassan menulis surat kepada Jabatan Peguam Negara bulan lepas.

Hassan yang juga seorang peguam didakwa pada 17 November tahun lalu mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta itu kerana kenyataan yang dibuatnya pada perhimpunan di Jalan Betik 1, Masai, pada 13 Februari, 2015.

Kesalahan itu membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara 3 tahun jika sabit kesalahan bagi kali pertama.

Hassan berkata, peguamnya Jimmy Phuah menerima surat Jabatan Peguam Negara semalam mengatakan kes itu ditarik balik selepas pihak pendakwaan mengkaji semula pertuduhan.

Pihak pendakwaan sebelum ini turut menggugurkan tuduhan bawah akta sama terhadap Naib Pengerusi DAP Teresa Kok dan pensyarah undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom.

Hassan juga menghadapi 2 tuduhan hasutan di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung kenyataan yang dibuatnya di media sosial semasa kemelut kes menteri besar Selangor pada 2014.

Hassan berkata, peguam Michelle Yesudas mengendalikan kes itu yang dijadualkan untuk perbicaraan pada 23 Mac. – 17 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments