Bahasa

Tunggu pilihan raya untuk tukar kerajaan, Putrajaya beritahu Dr Mahathir

Pejabat Perdana Menteri (PMO) Putrajaya berkata, hanya melalui pilihan raya satu-satunya cara demokratik dan berlandaskan undang-undang untuk menukar kerajaan. Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bersama-sama seteru politik dan bekas musuhnya duduk bersama-sama bagi menandatangani deklarasi untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2016.Pejabat Perdana Menteri (PMO) Putrajaya berkata, hanya melalui pilihan raya satu-satunya cara demokratik dan berlandaskan undang-undang untuk menukar kerajaan. Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bersama-sama seteru politik dan bekas musuhnya duduk bersama-sama bagi menandatangani deklarasi untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2016.Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya menantikan pilihan raya umum sekiranya mahu menukar kerajaan, kata Putrajaya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) Putrajaya berkata, hanya melalui pilihan raya satu-satunya cara demokratik dan berlandaskan undang-undang untuk menukar kerajaan. 

"Hari ini Dr Mahathir dan bekas musuhnya mendemonstrasikan tekanan dan peluang politik mereka.

"Terdapat mekanisme untuk menukar kerajaan dan perdana menteri. ‎Ia dipanggil pilihan raya umum," kata kenyataan yang dikeluarkan Putrajaya hari ini.

Kenyataan itu berkata pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, rakyat menyuarakan kehendak mereka dengan memilih kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

"Hanya mekanisme (pilihan raya) yang berlandaskan undang-undang, demokratik, dan memenuhi kehendak rakyat.

"Sekiranya Dr Mahathir mahu menukar kerajaan, beliau perlu melalui proses demokrasi dan menantikan pilihan raya umum akan datang selari dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan," kata kenyataan itu.

Dr Mahathir hari ini bersama-sama seteru politik dan bekas musuhnya duduk bersama-sama bagi menandatangani deklarasi untuk menyingkirkan Najib.

"Kami mahu menandatangani deklarasi yang termasuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri," kata Dr Mahathir pada sidang media khas "Selamatkan Malaysia" yang padat dengan petugas media di Kuala Lumpur hari ini.

Deklarasi itu ditandatangani seramai 58 individu yang menyokong penyingkiran Najib termasuk isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir mengetuai deklarasi itu dan membacakannya di hadapan media.

"Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada kerajaan yang dipimpin Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integriti institusi-institusi nasional," kata Dr Mahathir membacakan deklarasi itu pada sidang media di Pusat Alumni Universiti Malaya di Kuala Lumpur hari ini. – 4 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments