Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata undang-undang syariah di negara ini tidak terikat kepada perihal kebebasan asasi individu seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Peguam MAIWP, Mohd Hanif Khatri Abdulla, yang mewakili jabatan itu dalam kes rayuannya mencabar keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan peguam bukan Islam menjadi peguam syarie, berkata pendirian itu akan dibangkitkan pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Persekutuan kelak.
Mahkamah Rayuan pada Jun 2013 membenarkan peguam Victoria Jayaseele Martin mewakili anak guam dalam kes melibatkan undang-udang syariah.
"Mahkamah memberikan masa bagi kami bersedia bagi berhujah mengikut perspektif ini," kata Hanif, dan menambah tempoh masa itu juga membenarkan Pejabat Peguam Negara mengambil pendiriannya.
Kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 13 Ogos.
Hujah MAIWP bermakna ia tidak menganggap Perlembagaan Persekutuan bersifat sekular.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dijadualkan mengetuai panel 5 hakim mendengar rayuan itu hari ini terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada Jun 2013, yang memutuskan peguam bukan Islam layak sebagai peguam syarie.
Soalan perundangan yang akan dihujahkan berkisar Peraturan 10, Peraturan-peraturan Peguam Syariah 1993 menentang Artikel 5, 8 dan 10 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada 28 Januari 2014, Mahkamah Persekutuan membenarkannya tanpa menghujahkan soalan sama ada Peraturan 10, yang menetapkan bahawa hanya orang Islam boleh diterima sebagai peguam syarie, adalah di luar kuasa Akta 1993 Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
Sebarang rayuan di mahkamah tertinggi itu mesti menjadi soalan baharu dibangkitkan untuk pertama kali, yang akan menjadi kepentingan awam.
Pada 21 Jun 2013, 3 panel hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan peguam bukan Islam tidak layak menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Datuk Abu Samah Nordin, yang mengetuainya, berkata keengganan MAIWP meluluskan permohonan Martin menjadi peguam syarie adalah tindakan di luar kuasanya.
Samah berkata, Seksyen 59 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dengan jelas menyatakan "mana-mana individu" dengan pengetahuan yang mencukupi dalam undang-undang Islam boleh dilantik sebagai peguam syarie.
Seksyen 59 (2) memberi kuasa kepada MAIWP mewujudkan peraturan mengenai kelayakan peguam syarie.
"Jika niat adalah untuk melarang orang bukan Islam daripada muncul di mahkamah syariah, ia perlu dinyatakan secara jelas dalam undang-undang," katanya, yang membenarkan rayuan Martin itu.
Samah berkata permohonan Martin hadir di mahkamah syariah tidak melalui proses betul daripada MAIWP.
Martin memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2010 dan memohon perintah memaksa MAIWP membenarkan beliau beramal sebagai peguam syarie di Kuala Lumpur.
Beliau juga mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa Peraturan 10, yang hanya membenarkan umat Islam diterima sebagai peguam syarie, adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau pada 2011.
Walaupun menang di Mahkamah Rayuan, Martin tidak boleh hadir di mahkamah syariah kerana MAIWP dibenarkan menunda permohonannya.
Peguam Ranjit Singh mewakili bagi pihak Martin. – 14 Mei, 2015.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments