Bahasa

Unjuran harga minyak AS$40-AS$50 setong bantu kukuh nilai ringgit, kata Chua

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, unjuran negara mengekalkan harga minyak mentah AS$30 hingga AS$35 setong adalah satu langkah konservatif yang perlu diteruskan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mac, 2016.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, unjuran negara mengekalkan harga minyak mentah AS$30 hingga AS$35 setong adalah satu langkah konservatif yang perlu diteruskan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mac, 2016.Harga minyak mentah yang diunjurkan berlegar pada paras AS$40 hingga AS$50 setong tahun ini dapat membantu mengukuhkan lagi nilai ringgit, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.

"Kita harap dengan pengekalan harga minyak mentah pada paras AS$40 hingga AS$50, ia dapat membantu mengukuhkan lagi nilai mata ringgit," katanya kepada pemberita selepas melancarkan penyenaraian "The Parenthood" dalam platform Dana Masyarakat Ekuiti (ECF) Crowdo, di Petaling Jaya, hari ini.

Dalam pada itu, Chua berkata, unjuran negara mengekalkan harga minyak mentah AS$30 hingga AS$35 setong adalah satu langkah konservatif yang perlu diteruskan.

Sementara itu, katanya, kadar pertumbuhan ekonomi China yang semakin lembap pada masa kini memberikan kesan terhadap permintaan barangan negara.

Beliau berkata, Malaysia sedang memantau rapat kadar pertumbuhan ekonomi di China yang menjadi rakan dagang utama negara.

Selain itu katanya, senario baharu dalam kebanyakan negara maju yang memperkenalkan kadar bunga negatif turut memberikan impak terhadap permintaan barangan negara.

Bagaimanapun, katanya, keadaan ekonomi negara pada masa ini kukuh dan langkah kerajaan membuat pengubahsuaian bajet mendapat keyakinan pelabur asing termasuk Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). – Bernama, 9 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments