Bahasa

Untung sebelum cukai Petronas Gas susut 15%

Petronas Gas Bhd mengaitkan penurunan keuntungannya kepada perkongsian keuntungan bersih daripada usaha sama yang lebih rendah disebabkan pengiktirafan sekali sahaja ke atas aset cukai tertunda yang timbul daripada elaun cukai pelaburan bagi loji tenaga Kimanis dalam tahun yang sama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Februari, 2016.Petronas Gas Bhd mengaitkan penurunan keuntungannya kepada perkongsian keuntungan bersih daripada usaha sama yang lebih rendah disebabkan pengiktirafan sekali sahaja ke atas aset cukai tertunda yang timbul daripada elaun cukai pelaburan bagi loji tenaga Kimanis dalam tahun yang sama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Februari, 2016.Keuntungan sebelum cukai Petronas Gas Bhd merosot sebanyak 15% kepada RM2.0 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 berbanding RM2.35 bilion pada 2014.

Syarikat itu mengaitkan penurunan tersebut kepada perkongsian keuntungan bersih daripada usaha sama yang lebih rendah disebabkan pengiktirafan sekali sahaja ke atas aset cukai tertunda yang timbul daripada elaun cukai pelaburan bagi loji tenaga Kimanis dalam tahun yang sama.

Kos operasi yang lebih tinggi dan kerugian pertukaran mata wang asing yang tidak direalisasi di atas tanggungan pajakan kewangan dolar AS pada tahun ini juga menjadi sebab utama keuntungan sebelum cukainya menurun, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Hasil bagi tahun berakhir 31 Disember 2015, bagaimanapun, meningkat sedikit sebanyak 1.5% kepada RM4.45 bilion daripada RM4.39 bilion sebelum ini.

"Hasil yang lebih tinggi ini berpunca daripada caj pemprosesan gas dan pendapatan daripada pengangkutan gas yang meningkat selaras dengan caj tempahan yang lebih tinggi serta tempahan kapasiti oleh Petronas di bawah Perjanjian Pemprosesan Gas dan Perjanjian Pengangkutan Gas yang baharu, berkuat kuasa pada 1 April 2014," katanya.

Syarikat itu ketika bercakap mengenai prospek, berkata prestasi kumpulan dijangka kekal tidak berubah dalam 2016, disebabkan model perniagaannya yang kukuh. – Bernama, 24 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments