Bahasa

Utusan Malaysia tidak rasis, hanya perjuangkan Melayu, titah Sultan Perak

 Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menyampaikan ucaptama beliau Anugerah Perniagaan Utusan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. Baginda mempertahankan Utusan Malaysia daripada tuduhan rasis. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Mac, 2016. Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menyampaikan ucaptama beliau Anugerah Perniagaan Utusan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. Baginda mempertahankan Utusan Malaysia daripada tuduhan rasis. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Mac, 2016.Akhbar bahasa Melayu tertua di negara ini, Utusan Malaysia, bukan sebuah organisasi rasis tetapi digambarkan sedemikian rupa oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi, kata Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pagi ini.

Dalam ucapan perasmian di Anugerah Perniagaan Utusan 2015, baginda bertitah akhbar itu memperjuangkan isu-isu Melayu sejak pembentukannya 78 tahun lalu dan hanya meneruskan dasar yang kini menjadi sebahagian daripada asas teras syarikat itu.

Peranan ini, titah sultan tidak bermakna atau tidak boleh dianggap sebagai tanda Utusan menentang kaum lain atau membenci mereka.

"Apa saja persepsi negatif yang dikenakan ke atas Utusan Malaysia, ia bukan sebuah akhbar yang diskriminasi. Ini dapat dilihat apabila ia mempertahankan seorang gadis Cina (Melissa Gooi)," kata Sultan Nazrin.

Gooi merupakan seorang pengguna Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong pada 2013.

Penolong Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia Zaini Hassan mempertahankan Gooi dan meminta lebih banyak usaha diambil Kementerian Pendidikan untuk mendidik rakyat Malaysia asas-asas mengenai Perlembagaan Persekutuan di sekolah.

Sultan Nazrin berkata lagi, akhir-akhir ini, percubaan menggambarkan Utusan Malaysia dalam keadaan negatif kelihatan lebih ketara.

“Ia dibuat mereka yang ada agenda menghapuskan kontrak sosial dipersetujui pemimpin terdahulu ketika memformulakan dasar teras yang membentuk negara merdeka.

“Mereka jadi lebih vokal dalam mempersoalkan hak Bumiputera dan buat pelbagai aktiviti subversif, cuba mengurangkan hak istimewa Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan itu sama seperti menjolok sarang tebuan. Mereka sebenarnya bermain dengan api,” katanya.

Pada majlis itu, Sultan Perak juga mengingatkan ahli perniagaan dan usahawan mengenai pentingnya beretika dan berpegang teguh kepada prinsip dalam suasana semasa yang kompleks dan dicemari skandal, pecah amanah, rasuah, ketirisan dan sebagainya.

Sultan juga menyentuh mengenai bahaya rasuah dan memberi amaran ia boleh memusnahkan negara.

“Negara ini sudah terbina sebagai antara yang terbaik di rantau ini kerana kemampuannya merangka dasar yang baik dan melaksanakan undang-undang adil dan telus.

“Dasar itu berjaya menarik pelabur dan pedagang menjalankan perniagaan di tanah ini... tetapi semua itu boleh ditarik balik.

“Biasanya kepercayaan dan keyakinan mengambil masa lama untuk dibina tetapi untuk memusnahkannya, hanya dengan sekelip mata, semuanya kerana tersilap perhitungan,” katanya. – 1 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments