Bahasa

Video Facebook persoal dana politik Dr Mahathir, dakwa dana Najib lebih baik

Sebuah video Facebook yang membandingkan dana politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi viral sejak Ahad lepas. – Gambar Facebook, 8 Disember, 2015. Sebuah video Facebook yang membandingkan dana politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi viral sejak Ahad lepas. – Gambar Facebook, 8 Disember, 2015. Selepas kritikan bertubi-tubi dilontarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap anak didiknya Datuk Seri Najib Razak, kini sebuah klip video anti Dr Mahathir menjadi viral di laman Facebook.

Video yang mengandungi maklumat dalam bentuk grafik animasi itu membuat perbandingan antara 3 pemimpin negara yang memperolehi dana iaitu Najib, Dr Mahathir dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdurasi 5 minit 44 saat, rakaman video tersebut mendakwa dana yang diperolehi Najib selaku presiden Umno sekarang lebih baik daripada Dr Mahathir dan Anwar.

Ia disebarkan di laman Facebook seorang blogger menggunakan nama “Gelaban”, dipercayai pro Najib, dan hingga kini menerima lebih 6,000 perkongsian dan hampir 400,000 tontonan sejak dimuatnaik Ahad lalu.

Suara di dalam video itu menyatakan syarikat dan orang kaya merupakan penyumbang terbesar derma politik yang diperlukan setiap parti di Malaysia, termasuk pembangkang.

Katanya, parti pembangkang di bawah Pakatan Rakyat sebelum ini, terutamanya DAP, sering mengutip dana bagi tujuan pembiayaan politik pada program dan majlis yang dianjurkannya.

Namun, beliau mendakwa, ia hanya sandiwara, kerana parti itu dakwanya menerima sejumlah derma daripada ahli perniagaan dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, cara Dr Mahathir menerima derma disifatkan paling tidak baik kerana beliau didakwa menerima pembiayaan politik melalui pelbagai syarikat kroni, yang "tidak 100% bersih", yang mendapat projek kerajaan.

Perdana menteri paling lama memerintah itu dikatakan "mencuri duit rakyat" kerana menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan politik beliau sendiri.

Manakala, Najib dilihat memperolehi derma politik daripada negara timur tengah dan sehingga kini masih tiada lagi bukti menunjukkan beliau menggunakan wang syarikat sarat hutang 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Bukan itu sahaja, video tersebut turut membandingkan pemerintahan 6 tahun pertama Najib dan Dr Mahathir.

Dalam masa 6 tahun pertama pemerintahan, Najib dikatakan lebih banyak berjasa dengan mencetuskan pembinaan MRT, Iskandar Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), manakala Dr Mahathir hanya mengasaskan kereta nasional Proton dan lebuh raya PLUS.

Dr Mahathir turut dikatakan tidak terkecuali dengan masalah dalaman politik Umno sehingga tercetusnya parti Semangat 46 dan dikritik pemimpin lain.

Video tersebut juga mendakwa Dr Mahathir banyak memberi fakta yang tidak benar mengenai 1MDB kerana hanya berniat menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.

Pemegang akaun Facebook itu turut berkata, video itu diarahkan diturunkan tetapi tidak menyatakan jika arahan itu datang daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau pihak berkuasa lain.

Pentadbir akaun itu juga tidak memberikan respons kepada The Malaysian Insider apabila diminta menjelaskan pihak mana yang mahu video itu diturunkan.

Di ruangan komen, ramai pengguna Facebook mengecam video itu menganggapnya perbuatan "pahlawan keyboard" bertujuan mewujudkan "provokasi" dan bukannya membentangkan fakta.

Ada juga yang mempersoalkan identiti pemilik suara dalam video itu, dan jika sebarang bayaran yang diterima pembuat rakaman itu. – 8 Disember, 2015.

 
'House of Cards' Malaysia Edition

PENDEDAHAN YANG MENGGEMPARKAN NEGARA!!! Pertarungan di sebalik tabir antara Mahathir-Najib terbongkar!!! Video ini telah diarah untuk diturunkan!!!

Posted by Ngelaban on Saturday, December 5, 2015

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments