Bahasa

Wan Azizah akur, bakal kemuka usul tidak percaya Najib ke Parlimen

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memfailkan usul undi tidak percaya perdana menteri kepada Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memfailkan usul undi tidak percaya perdana menteri kepada Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.Selepas berlaku pertengkaran di antara DAP dan PKR berhubung siapa yang seharusnya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Pakatan Harapan hari ini memutuskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membawanya.

Dr Wan Azizah berkata usul itu akan difailkan di bawah Seksyen 26 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Presiden PKR itu turut memaklumkan usul undi tidak percaya berkenaan akan turut disokong ahli Parlimen PAS.

"Kita akan fail usul tidak percaya di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Ikut peraturan, apabila usul tersebut difailkan maka kita perlu tunggu 14 hari notis untuk tahun ia diterima atau tidak," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.

DAP hari ini tegas dengan pendiriannya mahu Dr Wan Azizah mewakili semua ahli Parlimen pembangkang dan membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri pada sidang Parlimen kali ini.

Susulan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan daripada PKR Hee Loy Sian mengemukakan notis mencadangkan usul itu sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketua pembangkang harus diberi tanggungjawab tersebut kerana usul itu satu perkara serius.

Lim berkata, kegagalan Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berbuat demikian akan membuatkan pembangkang dianggap tidak bersungguh dalam usaha tersebut.

Bagaimanapun Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mempertahankan Hee atas alasan ahli Parlimen PKR itu mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, tidak ada sebab untuk Hee menarik kembali usul undi tidak percaya terhadap Najib.

"Tidak ada perkara itu (tarik kembali usul tidak percaya) kecuali jika kita tidak mahu perdana menteri letak jawatan.

"Bagi saya setiap ahli Parlimen mempunyai hak untuk membawa apa sahaja usul," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam reaksinya berhubung tindakan Hee, Dr Wan Azizah berkata ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan itu perlu menarik kembali usul undi tidak percaya yang dibawanya dan harus memberi laluan kepada usul daripada Pakatan Harapan.

Sementara itu mengulas mengenai usul tidak percaya yang akan dibawa beliau, Dr Wan Azizah berkata ketika ini pihaknya perlu masih lagi dalam perbincangan untuk memastikan penulisan gesaan pengunduran Najib ditulis dengan kemas dan diterima Speaker.

"Kita akan lihat dulu, menulis sekemas-kemas dengan berhati-hati kalaupun ditolak namun ada rekod di Parlimen."

Dr Wan Azizah juga menyifatkan ianya sebagai tindakan menyelamatkan negara tanpa perlu mengambil kira sama ada berjaya ataupun tidak.

"Rakyat yang menuntut ini (pengunduran Najib). Ini merupakan salah satu daripada peluang yang kita ambil."

Ditanya bagaimana dengan kerjasama Pakatan Harapan dengan PAS terhadap usul tidak percaya, beliau berkata akan meneruskan perbincangan dengan parti Islam itu.

"Kita akan bercakap dan berbincang, tapi setakat ini PAS setuju mereka adalah pakatan pembangkang."

Pada masa sama Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli turut mengulas mengenai usul tersebut dengan menyatakan ianya tidak boleh ditolak tanpa mengambil kira ada kepentingan untuk didebat atau tiada.

"Pakatan Harapan mempunyai 74 ahli Parlimen termasuk PAS, dan PAS juga memberi komitmen mengundi usul tidak percaya terhadap Najib." – 19 Oktober, 2015.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments