Bahasa

Wan Junaidi turun padang ke Kuantan tinjau moratorium bauksit

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, lawatan beliau ke Kuantan, Pahang adalah bagi meninjau kemungkinan sebarang pengubahsuaian yang boleh dilakukan terhadap arahan moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di sana. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Februari, 2016.Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, lawatan beliau ke Kuantan, Pahang adalah bagi meninjau kemungkinan sebarang pengubahsuaian yang boleh dilakukan terhadap arahan moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di sana. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Februari, 2016.Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan ke Kuantan, Pahang pada 26 Januari ini bagi meninjau perkembangan moratorium selama 3 bulan ke atas aktiviti perlombongan bauksit di negeri itu

Lawatan itu akan berlangsung selepas moratorium itu berkuat kuasa selama sebulan 10 hari dilakukan Wan Junaidi bagi meninjau kemungkinan sebarang pengubahsuaian yang boleh dilakukan terhadap arahan moratorium itu.

"Apabila saya pergi, saya akan diberi taklimat daripada pegawai-pegawai di sana nanti di mana kita boleh buat adjustment (penyesuaian) dan sebagainya, kita akan buat adjustment, buat arahan-arahan baru," katanya pada sidang media selepas pelancaran Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan 2016-2025 di Kuala Lumpur hari ini.

Wan Junaidi pada 6 Januari lalu mengumumkan moratorium selama 3 bulan ke atas aktiviti perlombongan bauksit di Pahang yang menerima bantahan dan kritikan daripada penduduk setempat.

Langkah itu selaras dengan keputusan Putrajaya tidak menghentikan industri itu, namun hanya bertindak mengawal kegiatan tersebut supaya tidak menjejaskan alam sekitar secara keterlaluan.

Wan Junaidi berkata, moratorium itu bagi mengawal pencemaran alam sekitar akibat aktiviti perlombongan bauksit di kawasan itu.

Sekiranya industri masih gagal mengawal masalah pencemaran selepas tempoh 3 bulan, maka moratorium tersebut akan dilanjutkan, katanya.

Wan Junaidi berkata dalam tempoh 3 bulan itu, bulan pertama akan diperuntukkan bagi kerja-kerja pembersihan simpanan bauksit di pelabuhan berdekatan Kuantan.

Dalam tempoh sebulan dua, kerajaan negeri dan kementerian akan bertindak dan membersihkan 11 lokasi simpanan bauksit yang berada di luar pelabuhan.

Pada bulan ke-3 pelaksanaan moratorium itu, tindakan penguatkuasaan dan undang-undang akan dilaksanakan.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada majlis sama melancarkan Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan 2016-2025 yang merupakan semakan semula kepada dasar sama pada 1998.

Menurut Najib, semakan semula itu selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Kepelbagaian Biologi.

"Ia menekankan keperluan pemeliharaan secara berterusan, ‘bolehguna’ lestari dan perkongsian manfaat daripada kepelbagaian bio menurut cara yang adil dan saksama," kata Najib.

Kali ini, dasar itu ditunjangi 5 prinsip bagi mencapai 17 matlamat yang terkandung dalam 5 sasaran utama dalam tempoh 10 tahun. – 22 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments