Bahasa

Zahid arah polis beri perhatian peningkatan kes jenayah di Sarawak

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta pengarah setiap jabatan di Bukit Aman, juga diminta melihat aspek yang perlu ditingkatkan dari segi mengurangkan kes jenayah sehingga menyebabkan peningkatan peningkatan di Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta pengarah setiap jabatan di Bukit Aman, juga diminta melihat aspek yang perlu ditingkatkan dari segi mengurangkan kes jenayah sehingga menyebabkan peningkatan peningkatan di Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016.Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan memberi tumpuan terhadap kes jenayah yang mencatat peningkatan di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta pengarah setiap jabatan di Bukit Aman, juga diminta melihat aspek yang perlu ditingkatkan dari segi mengurangkan kes jenayah sehingga menyebabkan peningkatan itu.

"Beberapa kes memperlihatkan peningkatan seperti pemerkosaan ataupun rogol yang meningkat 13%, dan kes samun tanpa senjata (11%). Ini menjadi keprihatinan MCPF (Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia) untuk membantu polis mengurangkan kadar jenayah yang meningkat di Sarawak dan seluruh negara.

"Kami juga lihat ada beberapa kes yang meningkat iaitu kes curi motosikal meningkat kepada 38% serta kes pecah rumah dan curi 18%," katanya.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco MCPF di Kuching hari ini.

Turut hadir, Khalid dan Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye.

Di sebalik peningkatan beberapa kes jenayah, Zahid berkata hasil kerjasama Bukit Aman dan Polis Sarawak, indeks jenayah di negeri berkenaan menurun kepada 13%.

"Kita juga dapati jenayah kekerasan turun 13% dan jenayah harta benda juga turun 13%," katanya.

Beliau berharap kesedaran orang ramai akan turut membantu polis mengurangkan kadar jenayah, dan mereka harus membantu pasukan keselamatan itu untuk menjayakan usaha tersebut.             

"Saya menyeru kepada badan bukan kerajaan (NGO) di bawah naungan MCPF atau tidak, terutama NGO yang ditubuhkan untuk membantu polis dalam usaha mencegah dan membanteras jenayah, agar terus ke hadapan membantu usaha murni ini.

"Jika kita letakkan harapan kepada polis dan agensi penguatkuasaan bagi melakukan tindakan, ia tidak akan memperlihatkan pencapaian yang begitu baik. Namun, saya amat positif usaha yang diperlihatkan ini... Insya Allah akan dapat membantu pencapaian lebih baik (mencegah dan membanteras jenayah)," katanya. – Bernama, 13 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments