bahasa

2 bot berlanggar di Tuaran, 5 penumpang lemas

Lima penumpang lemas manakala 23 lagi dilaporkan selamat setelah 2 bot berlanggar di Sungai Serusup dekat Panimbawan, di Tuaran, malam tadi.

 Hospital Tuaran mengesahkan mangsa yang maut ialah Saloma Maid, Norkasih Salim, Aziah Maidin, Ainol Hasnom dan Nurul Azda.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah ketika dihubungi pagi ini, memaklumkan belum mempunyai maklumat terperinci mengenai  umur mangsa dan kejadian berkenaan.

Menurut jurucakap pusat gerakan berkenaan, pihaknya masih meneruskan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa kerana pihaknya tidak dapat memastikan bilangan penumpang kedua-dua bot berkenaan. – Bernama, 13 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments