bahasa

Anifah dibenar kemuka rayuan balas dalam saman fitnah Anwar

Panel 3 hakim membenarkan permohonan Datuk Seri Anifah Aman bagi kebenaran untuk merayu terhadap perintah dikeluarkan Mahkamah Tinggi bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar kos RM20,000 kepadanya. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.Panel 3 hakim membenarkan permohonan Datuk Seri Anifah Aman bagi kebenaran untuk merayu terhadap perintah dikeluarkan Mahkamah Tinggi bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar kos RM20,000 kepadanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengemukakan rayuan balas terhadap kos RM20,000 diberikan kepadanya dalam saman fitnah difailkan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Panel 3 hakim terdiri daripada 2 hakim Mahkamah Rayuan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk P. Nalini dan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, membenarkan permohonan Anifah bagi kebenaran untuk merayu terhadap perintah dikeluarkan Mahkamah Tinggi bagi Anwar membayar kos RM20,000 kepadanya.

Anifah diberikan amaun itu selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang memihak kepadanya dan menolak saman fitnah Anwar berhubung dengan kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington pada Mei 2009. 

Mahkamah Rayuan menetapkan 19 April bagi pendengaran rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Anifah. 

Peguam mewakili Anifah, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah amaun kos diberikan Mahkamah Tinggi tidak mencerminkan tahap keseluruhan prosiding perbicaraan itu .

Katanya beliau secara peribadi mengendalikan saman fitnah itu dan kadar kos diberikan mahkamah adalah daripada RM100,000 hingga RM10,000. 

Mahkamah juga perlu menetapkan prinsip dalam menentukan amaun bagi kos yang perlu diberikan, kata Muhammad Shafee.

Peguam mewakili Anwar, J. Leela, membantah permohonan Anifah itu, menyatakan beliau tidak mengemukakan sebarang prinsip undang-undang berhubung dengan permohonan menteri itu bagi kebenaran untuk merayu.

Katanya isu kos patut diuruskan Mahkamah Rayuan dalam rayuan utama.

Anwar menyaman Anifah mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media itu yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton, mencemarkan imejnya dan menggambarkan dirinya seorang individu yang tidak layak untuk memegang jawatan politik atau mana-mana jawatan lain.

Bekas ketua pembangkang itu sedang menjalani hukuman penjara 5tahun di Penjara Sungai Buloh bagi sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan itu di Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015. – Bernama, 11 Mac,  2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments