bahasa
Asean amat peribadi bagi saya, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Asean sebagai sesuatu yang amat peribadi dan dekat di hati beliau kerana bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein adalah antara pemimpin pengasas kumpulan serantau itu.
"Ia amat peribadi bagi saya. Bapa saya, Tun Razak, adalah seorang daripada lima negarawan yang menandatangani Deklarasi Bangkok pada 1967.
"Ia adalah dokumen yang membawa kepada kewujudan Asean," kata Najib semasa berucap merasmikan Sidang Kemuncak Asean Ke-26 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, hari ini.
Deklarasi itu ditandatangani oleh menteri-menteri luar Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Tun Abdul Razak menandatanganinya bagi pihak Malaysia manakala Indonesia diwakili Adam Malik, Filipina oleh Narciso R.Ramos, Singapura oleh S. Rajaratnam dan Thailand diwakiki Thanat Khoman. – Bernama, 27 April, 2015.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments