bahasa

Berhati-hati dengan kumpulan mahu usulkan pengunduran Najib, pesan Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau menerima maklumat sulit satu kumpulan dalam parti yang dikenali sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) cuba memujuk pemimpin agar menandatangani memorandum menentang Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016.Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau menerima maklumat sulit satu kumpulan dalam parti yang dikenali sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) cuba memujuk pemimpin agar menandatangani memorandum menentang Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016.Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memberi amaran kepada pemimpin cawangan agar berhati-hati dengan pujukan agar menandatangani memorandum menuntut peletakan jawatan presiden parti.

Bercakap pada majlis Wanita Umno Cawangan Batu di Kuala Lumpur, Tengku Adnan berkata beliau menerima maklumat sulit satu kumpulan dalam parti cuba memujuk pemimpin agar menandatangani memorandum menentang Datuk Seri Najib Razak.

Menamakan kumpulan itu sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Tengku Adnan berkata kumpulan itu akan mendekati pemimpin Puteri dan Wanita dan cuba mempengaruhi mereka menandatanganinya.

"Kumpulan ini akan cakap kami semua setuju presiden perlu letak jawatan. Dalam analisis saya, cuma ada 70 cawangan sahaja baru bersama gerakan ini," katanya.

Menurut Tengku Adnan, beliau memaklumkan individu yang memulakan usul itu yang usul itu tidak boleh diguna pakai, apabila mengetahuinya.

"Dia marah apabila saya cakap macam tu," kata Tengku Adnan.

Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa mesyuarat Umno cawangan kini dilarang daripada meluluskan sebarang usul undi tidak percaya terhadap Najib.

Katanya, larangan itu merupakan satu bentuk sekatan bersuara terhadap akar umbi Umno yang dibenarkan dalam parti.

"Ini yang terbaru sekali, di Kedah pun dah berlaku, di negeri lain pun saya fikir dah berlaku - daripada pengerusi perhubungan guna ketua bahagian, dah bagi arahan (agar) cawangan yang mula mesyuarat 18 Mac ini tidak dibenarkan membuat sebarang usul undi tidak percaya terhadap presiden parti.

"Sebaliknya mesti buat usul menyokong tak berbelah bahagi terhadap presiden," kata Mukhriz dalam video ucapannya yang dimuat naik di blog penulis blog pro-Umno, Din Turtle, semalam.

Blog itu berkata ucapan tersebut dibuat Mukhriz ketika lawatannya ke Kota Baru, Kelantan, 7 Mac lalu. – 13 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments