bahasa

Bersama kerajaan perangi keganasan, kata Najib

Masyarakat perlu bersama dengan kerajaan dan pasukan keselamatan dalam memerangi segala bentuk jenayah, keganasan dan ekstremisme, kata Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Februari 2016. Masyarakat perlu bersama dengan kerajaan dan pasukan keselamatan dalam memerangi segala bentuk jenayah, keganasan dan ekstremisme, kata Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Februari 2016. Masyarakat perlu bersama dengan kerajaan dan pasukan keselamatan dalam memerangi segala bentuk jenayah, keganasan dan ekstremisme, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata aspek keselamatan merupakan asas penting dalam pembangunan sesebuah negara dan kerana itu ia perlu diberi perhatian semua pihak.

"Asas pilar atau tiang seri kepada mana-mana negara... tanpa keselamatan, kita tak mungkin boleh membawa pembangunan, malah kita mungkin tak tidur jenera (lena) tiap-tiap malam kalau rasa diri kita dan keluarga kita tidak selamat.

"Maka keselamatan memerangi jenayah dan menolak keganasan serta ekstremisme mestilah diberi perhatian yang serius bukan hanya kerajaan, pasukan keselamatan tetapi juga masyarakat setempat dan pemimpin tempatan, yang mesti bersama memerangi jenayah, memerangi keganasan dan segala bentuk fahaman yang boleh membawa kepada kejahatan," katanya.

Perdana menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Kompleks Komuniti Muhibbah dan Program Kenduri 1Wilayah Persekutuan di PPR Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur hari ini

Perdana menteri berkata soal keselamatan merupakan antara 4 perkara yang beliau selaku ketua pentadbiran kerajaan tekankan dan dijadikan keutamaan, manakala 3 lagi adalah kestabilan politik, tadbir urus ekonomi yang baik serta menangani kemaslahatan (faedah) rakyat.

Bagi kestabilan politik, Najib berkata kerajaan tidak bersifat kuku besi dan mengamalkan “dictatorship”, sebaliknya menyanjung tinggi prinsip demokrasi berparlimen.

"Setiap 5 tahun kita kembalikan kepada rakyat untuk pilih kerajaan yang dikehendaki oleh rakyat. Tetapi antara 2 pilihan raya (umum) kita kena jaga kestabilan politik.

"Alhamdulillah kerajaan yang ada mempunyai majoriti yang mencukupi. Sesiapa yang uar-uarkan kerajaan akan tumbang, apa yang mereka dakwa itu (tidak menjadi), apabila belanjawan negara tahun lepas diluluskan di Parlimen dengan majoriti yang besar. Begitu juga rang undang-undang lain juga boleh diluluskan di Parlimen. Kita tak bimbang dari segi kestabilan politik," katanya.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata rakyat perlu memastikan kestabilan politik negara terjamin dan tiada yang mampu menggugatnya.

"Kalau hidup dalam keadaan terumbang-ambing dari soal keselamatan dan kestabilan politik, yang akan rugi adalah rakyat jelata," katanya. – Bernama, 27 Februari, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments