bahasa
Bilangan calon peroleh A dalam semua subjek SPM 2015 menurun
Seramai 9,721 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 mendapat keputusan cemerlang (Gred A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran, namun menurun 0.25% berbanding 11,289 calon pada 2014.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata Indeks Gred Purata Nasional (GPN) 2015 turut mencatatkan penurunan 0.07 kepada 5.15 berbanding 5.08 pada 2014.
Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
"Penurunan jumlah calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran dan penurunan GPN bukan satu kelemahan yang ketara dan signifikan. Ia adalah dalam julat yang dibenarkan iaitu 3%," katanya dalam sidang media bagi mengumumkan analisis keputusan SPM 2015, di Putrajaya hari ini.
"Ia juga menggambarkan turun naik prestasi murid dan berlakunya fluctuation (turun naik). Penurunan ini juga dipengaruhi jumlah calon yang menduduki SPM 2015 yang lebih rendah iaitu 440,682 calon berbanding 455,839 calon pada 2014," katanya. – Bernama, 3 Mac, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments