bahasa
Dana ESG Valuecap RM1 bilion dilancar Jun, kata Najib
Dana Indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Dana ESG) ValueCap Sdn Bhd, dengan saiz dana RM1 bilion akan dilancarkan Jun tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata Suruhanjaya Sekuriti meluluskan Dana ESG, yang selari dengan agenda kemampanan dan keterangkuman negara.
"Saya menggesa dana institusi turut serta dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya 5% aset dalam pengurusan masing-masing untuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab, katanya dalam ucaptama pada persidangan pelabur institusi, Invest Malaysia 2015, di Kuala Lumpur, hari ini.
Akhir tahun lepas, Bursa Malaysia melancarkan Indeks ESG, yang antara lain mengukur tindakan dalam pemuliharaan alam sekitar, impak ke atas inisiatif tanggungjawab sosial ke atas masyarakat dan keputusan yang responsif dan beretika.
Indeks ESG menyediaan suatu kaedah telus untuk pelabur, institusi dan pengurus dana menilai pelaburan mampan.
Sehingga ini 24 syarikat layak dimasukkan dalam indeks berkenaan. – Bernama, 23 April, 2015.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments