bahasa

DAP ‘serang balas’ MCA, desak ahli Parlimen letak jawatan

DAP hari ini hantar surat kepada MCA desak ahli Parlimen parti itu letak jawatan berhubung isu hudud, kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 April, 2015.DAP hari ini hantar surat kepada MCA desak ahli Parlimen parti itu letak jawatan berhubung isu hudud, kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 April, 2015.DAP hari ini menyerang kembali MCA dengan menuntut peletakan jawatan semua ahli Parlimen parti komponen Barisan Nasional (BN) itu berhubung isu hudud.

Ia susulan tindakan MCA pada bulan lalu yang mendesak wakil rakyat DAP melepaskan kedudukan mereka dengan menyediakan surat peletakan jawatan kepada parti itu.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata satu surat peletakan jawatan bagi wakil rakyat MCA sudah dihantar kepada pejabat presiden parti tersebut, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Kita sudah hantar surat tersebut mengikut format asal yang mereka guna kepada kita untuk menuntut peletakan jawatan, pagi ini kepada Liow," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada 20 Mac lalu, Pemuda MCA menggesa peletakan jawatan ahli Parlimen DAP susulan isu rang undang-undang hudud termasuk bertindak mengadakan protes di luar ibu pejabat parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu. – 6 April, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments