bahasa
Deklarasi agenda peribadi Dr Mahathir, bukan rakyat, kata Najib
Datuk Seri Najib Razak membidas Tun Dr Mahathir Mohamad dengan berkata Deklarasi Rakyat dilancarkan untuk menggulingkannya daripada jawatan perdana menteri merupakan agenda peribadi dan tidak ada kena mengena dengan rakyat.
"Ia bukan satu deklarasi rakyat. Ia bukan soal rakyat.
"Ia adalah agenda peribadi," kata Najib di Kuching, Sarawak hari ini.
Beliau juga berkata ia adalah bagi "melindungi" dakwaan yang rakyat mahu menyingkirkannya daripada jawatan.
"Jangan libatkan rakyat kerana ia bukan soal rakyat.
"Ia adalah agenda peribadi," katanya ketika melancarkan program Suruhanjaya Multimedia Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Minda di Kuching, Sarawak hari ini.
Najib mendakwa sebilangan besar rakyat di negeri Borneo tidak menyokong deklarasi diumumkan pada 4 Mac dan yang menggabungkan bersama-sama pemimpin politik daripada Umno dan pembangkang serta beberapa pemimpin masyarakat sivil.
Perdana menteri berkata, rakyat perlu menggunakan keupayaan mereka untuk berfikir dan membezakan antara fakta dan janji yang tidak dapat dipenuhi.
Deklarasi Rakyat Dr Mahathir disokong sekutu politik lama dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) serta musuh seperti DAP, Lim Kit Siang, yang ditandatangani minggu lalu menuntut Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pembaharuan institusi untuk mengembalikan integriti badan-badan kerajaan.
Kumpulan itu dilaporkan menyasarkan sejuta orang untuk menandatanganinya dan akan menyertai perhimpunan pada 27 Mac sebagai sebahagian daripada siri jelajah Selamatkan Malaysia untuk menggesa penyingkiran Najib.
Akibat pelancaran deklarasi itu, Dr Mahathir semalam digugurkan sebagai penasihat kepada syarikat minyak negara Petronas.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Kabinet berbincang akan tindakan pemimpin bersara itu dan mendapati ia bertujuan untuk "menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi". – 12 Mac, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments